oleh: rossitamz Urap Pucuk Ubi

Img_0009

Pucuk ubi lagiiii...


Created on : 04-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rossitamz




Share


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 3 kepal pucuk ubi - yang telah direbus dan dikepal (untuk buang airnya)
  • 100 gm taugeh - dicelur sedikit
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • 4 helai daun cekur - dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  1. Hiris pucuk ubi yang telah dikepal tadi agak kasar2 sedikit. Masukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk menggaul nanti.
  2. Masukkan sekali daun cekur, taugeh dan bawang merah. Gaulkan.
  3. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  5. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  6. Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam mangkuk pucuk ubi tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Siap untuk dihidangkan.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

05-05-2009, as75 komen :

Salam ross, sedapnya.. menjejeh air liuq.. lama x makan Urap pucuk ubi ni.. ganti daun pegaga pun sodap.. makan ingat2 as ya....;)


05-05-2009, nishinihonjin09 komen :

urap ni resipi indon ke melayu/?selalunya orang melayu sebut kerabu kan.apapun sdp je klu nm urap ni,kat sini takde pucuk ubi saya ganti je dgn daunan ijau yg kat kdi tu,sdp je klu dh kene dgn belacan dn cili.......


05-05-2009, seken123 komen :

agak2 kalu urap pucuk ubi nih digaul sekali dengan lelehan limau kasturi,jadi tak?sekadar untuk lebih berperisa


05-05-2009, ameskay komen :

urap ni resipi orang jawa...kalo seken123 nak perah air limau kasturi, boleh je [tu memang style melayu], tapi kalau resepi pure jawa, guna air asam jawa skit, utk balancekan rasa pedas cili, lemak kelapa, masin ikan bilis, kelat pucuk ubi & rasa unik daun cekur...


06-05-2009, rossitamz komen :

as75 : boleh aje kalau nak gantikan dengan pegaga @ silom @ kacang botol.


06-05-2009, rossitamz komen :

nishinihonjin09 : rasanya urap dan kerabu tu adik-beradik je cuma mungkin lain mak lain bapak kot...


06-05-2009, rossitamz komen :

seken123, ameskay dah terang panjang lebar tu harap dpt membantu ya. thanks ameskay tolong explainkan... jawa ke, melayu ke...KITA ORANG MALAYSIA kan?


04-03-2010, adek82 komen :

makan dg nasi panas sedap ni...kalau kat kpg sye org pgil kluban,sye pun org jawa juga,jawa indon{jawa tulen kalau org sana panggil}buat pedas2 mamang sedap hingga menjilat jari la...dulu mak selalu buat.tapi sekarang dah jauh dari mak kene lah buat sendiri...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu