oleh: rossitamz Masak Lemak Pucuk Ubi

Img_0001

Masakan kampung, resepi emak.


Created on : 04-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rossitamz




Share


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 3 cekak pucuk ubi - yang telah dileraikan dari pelepahnya
  • 200ml santan pekat - saya guna santan kotak je (*)
  • 200ml air (*)
  • 10 biji cili kering (**)
  • 3 ulas bawang merah (**)
  • Sedikit belacan - jika suka (**) - saya tak guna pun
  • Segenggam ikan bilis
  • Sedikit garam dan perasa

Cara-cara

  1. Rebus pucuk ubi hingga lembut dan toskan dan perah airnya. Masukkan ke dalam periuk yang akan digunakan untuk memasak.
  2. Campurkan (*) dan kacau rata.
  3. Tumbuk bahan2 bertanda (**) hingga hancur. Masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit saja sekadar nak pecah2kan saja.
  4. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk berisi pucuk ubi. Pastikan santanya setakat sama paras dengan pucuk ubi.
  5. Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih. Perasakan masinnya. Siap!!!


Laporan Masakan Bergambar (2)

Masak_lemak_pucuk_ubi
06-05-2009
ita, mmg febret nor kalau lauk kampung gini
Laporan oleh: nor_67

mmg terangkat kan? siap hias ngan daun ubi lagi...hehehe

P1030187
02-02-2011
try rspi ni plak,dan ltk udg krg gnti ikn blis...tp telbh lda krg lak....mmg sdp.
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (4)

04-05-2009, aludra komen :

alamak.. sedapnyer kak.. dah lama tak makan pucuk ubi.. terliur plak.


04-05-2009, rossitamz komen :

aludra leh dpt pucuk ubi ke? mmg sedap sayur2 kampung ni...


04-05-2009, aludra komen :

tu la pasal kak.. tak boleh jumpa kt sini.. kena tunggu bila balik m'sia la nampaknyer... .. :) btw, saya selalu gi akaknyer blog tgk resepi2 akak yg lain gak.. best2... :)


04-05-2009, rossitamz komen :

thanks aludra! tak best mana pun resepi2 akak ni...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu