oleh: as75 Bergedil Bread Crumb

Bergedil_bread_crumb

Boleh dimakan bila2 masa, cuba lah anak2 pasti suke..


Created on : 01-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi as75




Share


Bahan-bahan ( 25 biji )

  • 1kg ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kasar
  • 300gm daging cincang direbus dan ditoskan (Ikut suka, nak guna isi ayam, sosej direbus dan dicincang @ isi ikan) guna daging burger pun boleh..
  • 2 biji telur
  • *Segengam bawang goreng
  • *Segengam hirisan daun sup & daun bawang
  • *1 sdb serbuk lada hitam @ lada sulah
  • *Sedikit garam
  • Serbuk Roti (Bread Crumb)
  • Minyak masak utk menggoreng
  • Sos Cili, Sos Tomato @ Mayonaise utk pencicah

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, goreng kentang yang dipotong kasar. Setelah masak toskan dan ditumbuk lumat.
  2. Masukkan daging cincang yg di rebus tadi, gaul rata.. masukkan juga semua bahan *
  3. Gaul rata, kepal2kan biar padat dan bentukkan ikut suka..
  4. Bulat2kan
    Pukul telur dan celupkan bergedil tadi.. kemudian salut dengan bread crumb..kalau x salut bread crumb jadi la bergedil biasa dan boleh makan ngan soto
  5. 300420092043
    Goreng dengan minyak yg panas. Jangan selalu diterbalikkan. Setelah keperangan bolehlah diangkat..
  6. Hidangkan bersama, kentang goreng,sos dan salad kesukaan..
  7. :: SeLaMaT MeNcUbA ::

Tag

bergedil


Laporan Masakan Bergambar (4)

Begedil1
02-05-2009
salam k.as... anak2 suka benor! mak bapak pon sukaaaaa.. hihihi... cume kita ltk jintan skit. len kali leh wat lagik nih! mekacih yer kak! caaayang akak! ;)
Laporan oleh: hana6877

Salam Ina..akak pun sukee bila ina & semua suke.. good idea, wat bentuk lep2 tu.. mesti lagi sedap bila letak jintan tu.. sama2 Ina, cayang Ina too! ;O.. muahh!

Begedil
02-05-2009
yg nih kasi duk diam2 dlm frozen! hehehehe...
Laporan oleh: hana6877

Bila dah keras nak courier ke NZ kan?? ekekekkk! terima kasih juga wat ina yg rajin & creative!

Dscn6381
23-05-2009
selalu wat stok utk breakfast. tqvm!
Laporan oleh: zachoes

u r welcome..bestnya! nak tiru la wat cam zachoes plk! tq kerana sudi mencuba.. :)

03092009364
04-09-2009
hitam2 si tampuk manggis......hehehe.....coat dgn oat yg d blender. suka dgn idea As ni...blh buat selalu. thanks As.
Laporan oleh: baya74

hitam2 si tampung manggis.. mana manggisnya?? lebih berkhasiat tu guna oat.. terima kasih sudi cuba dan kongsikan hasilnya ya kak baya..


Komen (8)

02-05-2009, zachoes komen :

mmm..sgt sdp. rupa luar mcm nuggget tp dlm lembot sgt mcm begedil. pasni leh try testing letak ayam (sebelum ni guna daging burger je).


03-05-2009, as75 komen :

zachoes, memang sedap. Kalau x salut ngan bread crumb tu memang bergedil ni boleh makan ngan soto. Selamat mencuba ya zachoes..


24-05-2009, babykiko komen :

kentang tu kalau rebus boleh tak?


25-05-2009, as75 komen :

babykiko, boleh juga kalau nak rebus kentang tu.. selamat mencuba ya.. dan kongsikan hasilnya nanti..


26-06-2009, spongegirl komen :

Salam Auntie As...Sedapnya!!!!!


27-06-2009, as75 komen :

salam spongegirl.. cuba lah ya.. ;)


04-09-2009, baya74 komen :

salam semua. sekadar nak kongsi pengalaman.....penah buat versi kentang rebus (konon2 nak jaga badan) , sekali d goreng habis berderai satu kuali.hehehe......ambik nko...x leh makan langsung. Biras sy kata klu nak buat versi rebus, kena tambah tepung gandum sikit (kiranya tepung tu brfungsi sebagai gam) w'alam.


04-09-2009, as75 komen :

terima kasih sudi mencuba dan kongsikan tips akak tu ya.. moga mudah utk yg lain2 mencuba.. as pernah juga guna kentang rebus..tapi kentang ni kan bnyk jenis ada setengah2 tu berair..alhamdulillah as guna kentang yg elok masa tu.. bila digoreng x berderai.. masa kepal2 tu pun salah satu faktor. Kena kepal padat2..dan 1 lagi..kawan as dari Indonesia..dia gaul sekali telur dlm adunan tu..ok juga.. tapi masa goreng dia x salut ngan telur..nampak elok juga..ya lah.. cara masing2 memasak ya x?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu