oleh: Mat Gebu Pai tuna dan cendawan

Tuna_pie

Sesuai untuk semua majlis


Created on : 30-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 14 biji )

  • UNTUK DOH PAI:-
  • 260 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 100 g mentega, didadu dan sejukkan
  • 1 biji telur Gread A, dikocok sedikit
  • 1/2 camca teh garam
  • 65 ml susu segar, disejukkan
  • UNTUK ISI PAI:-
  • 1 tin ikan tuna (185 g), ditoskan
  • 5 biji cendawan butang dalam tin, dihiris halus
  • 1 biji bawang besar, cincang halus
  • 2 helai bay leaf
  • 100 ml susu segar
  • 1/2 camca teh serbuk cili (jika suka)
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 kuning telur, utk mengglis tat
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus

Cara-cara

  1. Pie_crust_dough
    UNTUK DOH PAI:- Satukan tepung dgn garam. Masukkan mentega sejuk dan gaul ramas hingga adunan seakan2 serbuk roti. Masukkan telur dan terus menggaul hingga rata. Tuang kan susu sejuk sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yg tidak melekat di magkuk adunan. Bungkus doh dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Jgn bimbang jika susu tidak habis digunakan.
  2. Tuna_and_muschroom_filling
    UNTUK ISI PAI:- Panaskan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan hingga perang.Masukkan serbuk cili, bay leaf dan garam. Tuang isi ikan tuna dan gaul hingga sekata. Masukkan susu dan masak hingga hampir kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Pie_crust_betwwen_2_sheet_of_plastic
    Keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan sebentar. Ambil kurang lebih sekepal doh (jgn terlalu besar) dan letak diantara 2 lapisan plastik. Canai doh setebal 3 mm dan alaskan doh tadi ke dalam acuan tat. Kemaskan dan potong lebihan doh
  4. Yummy_tuna_filling
    Isikan tat tadi dgn ikan tuna. Biar penuh.
  5. Get_ready_for_action
    Canai doh lagi dan terap dgn acuan bulat kurang lebih berdiameter 7 cm, dan tutup tat tadi. Kemaskan tepinya dan tekan2 bhg tepinya sedikit supaya lekat. Potong lebihan doh. Terap bentuk sekuntum bunga dan tepekkan di tgh2 tat tadi. Corak hiasan terpulang pada masing2.
  6. Ready_to_bake
    Kemudian, cucuk beberapa lubang dgn menggunakan lidi sate. Tujuannya ukt melepaskan wap semasa proses pembakaran. Sapu dgn kuning telur dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit.
  7. 6cm_x_2cm_pie_or_tart_mould
    Untuk pengetahuan semua, utk resepi ini, mat gunakan acuan tat ber diameter 6cm dan 2cm tinggi (seperti dalam gambar). Kepelbagaian bentuk dan ragam rupa terpulang pada semua.

Tag

pai tuna




Laporan Masakan Bergambar (1)

Imag0313
22-05-2008
sedap sangat ... thk cik mat ...tapi x cantik macam cik mat buat
Laporan oleh: fazliaza

Komen (10)

30-12-2006, Mat Gebu komen :

Minta maaf pada sesapa yg telah masuk ke ruang resipi ini kerana 2 hari lepas mat ada masalah utk mengisi resipi dan meng dowb load kan gambar. Harap maaf semua.....


30-12-2006, umi_e komen :

comelnya acuan cik mat! Jeles je umie tgk kan... umi nak buat tapi takde acuan cantik camtu lah cik mat... bubuh dlm acuan biasa je mesti tak cun cam cik mat punya... terbuka selera tengokkan comel2 camtu...


31-12-2006, datin komen :

mmg pun mat ...datin sampai fedop nk load gambor...tapi tk pe sabor je ;lah


31-12-2006, Mat Gebu komen :

ye ke umie. tapi kalau acuan dia kecik lagi sikit kan lagi cute tau. Sesuai utk kanak2 sebab tak delah beso beno utk mereka ggit. ... datin pun menghadapi masalah sama cam mat ke? payah nak down load gambar.. mat pernah tunggi sampai 20 minit masih tak de apa2 tu yg frust.. but know i think its back to normal... (i hope).


31-12-2006, Mat Gebu komen :

alamak silap eja leer. sorry actually "know=now". maklumlah dah pukul 12.36am here. Dah pagi raya aidil adha. selamat hari raya haji utk umie, datin dan semua yg membaca.......


31-12-2006, umi_e komen :

selamat hari raya haji juga buat cik mat and all... kami dah raya pun... sabtu >>> masak laksa johor... ingat nak tempekm kat sini... tengoklah camna ;)


03-01-2007, oogy komen :

kalau tak tutup tart tu takpe tak mat?? biarkan dia terbuka je?? or hangit tak tuna tu nanti?? sume bahan memang da ada.tggu masa nak wat je ni


03-01-2007, oogy komen :

mat lagi 1,kalau gaul doh pai pakai mesin boleh??tekstur dia berubah tak nanti??


03-01-2007, Mat Gebu komen :

ogy selalunya pai memang org tutup permukaannya. Kalau tak tutup kita panggil "tat" (kalau tak silap mat lah). tapi kan ogy kalau u tak nak tutup ok juga, cuba u bancuh kan telur dgn sedikit susu cair pastu tuang dalam kulit pai yg telah diisi dgn inti tuna, tapi inti tuna tu jgn bbuh byk2. Pastu tu u bakar la sampai permukaan isi tu kuning keemasan. Lagi satu, guna mesin pun ok, lagi leeer maha senang... hehehehe...


04-01-2007, oogy komen :

hehehe saya malas nak uli dgn tangan..timekasih ye mat, saya memg suka tuna2 ni


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu