oleh: nrma710 Laksa penang simple di perantauan

Dscn5317

kepada yg kekurangan bahan untuk buat laksa n 1st timer,boleh la try resepi ni,simple sangat...blend dan rebus...:-))


Created on : 28-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nrma710




Share


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • satu tin sardin (tanpa sos tomato/kosong)
  • bahan-bahan blend :
  • 1 labu bawang besar
  • segenggam cili kering, direbus dahulu (ikut suka tahap pedas yg disukai) - kalau xcukup cili kering,boleh la tmbh dgn serbuk cili sahaja
  • seketul belacan (sy guna lebih kurang saiz 4x4x0.5cm) -kalau xdak belacan,boleh ganti dgn udang kering
  • sedikit serbuk bunga kantan(jika ada)
  • 4 keping asam gelugor dan air
  • garam secukup rasa
  • setengah paket spageti(sbg ganti kpd laksa)-direbus bersama sedikit minyak
  • sedikit timun,hirisan bawang besar,nenas,cili merah dan limau nipis(atau lemon) sebagai hiasan

Cara-cara

  1. blend bawang besar, cili kering(@serbuk cili), belacan(atau udang kering) bersama sedikit air
  2. kemudian masukkan isi sardin ke dalam blender dan blend, tp jgn sampai terlalu lumat
  3. tuang semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. tambah lagi air sehingga kuah tidak terlalu pekat.
  4. masukkan asam gelugor ke dalam periuk. tambah garam,serbuk bunga kantan. biarkan sehingga menggelegak.
  5. di dalam periuk lain,rebus spageti
  6. Dscn5319
    apabila kuah telah menggelegak, boleh la dihidangkan bersama spageti dan dihias bersama bahan hiasan. perah limau untuk lebih sedap. tadaaa....siap sudah


Laporan Masakan Bergambar (2)

Laksasdn
30-03-2010
teringin nak makan laksa..ikan tak dek..so guna sardin dlm tin....sedap jugak rasanya...tq atas resepi....:)
Laporan oleh: quinnie

terima kaseh try resipi ni quinnie...nmpk comey je...fishball ke tu?

104_0127
02-03-2011
cewah...petang ni resepi perantau aje... ni untuk esok, tapi posing dulu... biasa la kalau buat laksa penang guna sardin sebab x yah buang tulang ikan (padahal stok ikan xde...) he he he.
Laporan oleh: CheqSueCommot

Komen (10)

29-04-2009, eastna komen :

ermmm resipi yg sesuai utk org yg tgl di hostel juga nih hehehehe


30-04-2009, nrma710 komen :

sy pun duk hostel jugak...sng resepi ni...hihii


30-04-2009, itazul komen :

Dah buat dah. Sedap. Tak sangka guna sardin pun sedap (tak pernah guna sardin) dan tak sangka makan dgn spaghetti pun tak kalah laksa. Terubatlah rindu i perantauan. Ita tak letak serbuk bunga kantan & belacan (mana nak cari..) pun sedap gak. t kasih ya sebab kreatif. Thanks 4 the receipe.


30-04-2009, watierman komen :

Assalamualikum...nak kongsi experience...skit...masa akak kat US dulu...guna Mackeral dlm tin...& laksa boleh dpt dari oriental store....& nak lagi sedap letak serai(lemon grass) halia skit plus bawang putih sama...baru umph!!!baunya.....cubalah!!!


02-05-2009, Teratai Desa komen :

kalo mcm ni.. memang dah boleh cuba try.. senang juga eik..


11-05-2009, nrma710 komen :

waalaikummussalam... thanx ita sudi mncuba..mmg biasa kat sini apa2 mskn gunakan spageti untk substitute bhn2...saya ada serbuk bunga kantan tu pun sbb mak yg sediakan dulu,potong halus2 dan keringkan...tp ada jugak yg dijual di kedai,sbb pnh nmpk kawan sy beli... n thanx gak untk watierman sbb share resepi tu,insyaAllah nnti saya cuba tmbhkan serai,halia n garlic... to teratai desa...hehe,cuba la...smoga berjaya..:-)))))


06-01-2010, mc ni komen :

kalu duk kat kelate blh dpt bunga kantan yang fresh...


19-11-2010, cool.. komen :

salam xcba g..hehehe..minx2 sdap la noooo


06-03-2011, zaryna86 komen :

boleh la try buat


15-04-2011, nowriz_mars komen :

wah.. btl2 simple.. nak try la.. rindu laksa penang kat pasar minggu stadium melawati,shah alam.. kat sabah susah ny nak cari laksa penang.. huhu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu