Google+

oleh: choppy Mee kuah

Mee-kuah

Resepi dari mak mertua


Created on : 04-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi choppy




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g mee
  • 5 cawan air rebusan tulang ayam
  • udang, daging, isi ayam
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
  • sawi
  • taugeh
  • tomato
  • bawang goreng
  • sos tomato- jika suka
  • sos cili- jika suka
  • kicap cabai ( kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam
  • gula
  • ajino -jika suka
  • limau nipis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan
  3. Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus
  4. Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong
  5. Celur mee dalam air mendidih.
  6. Bila dah siap. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.
  7. Taburlah dengan bawang goreng.
  8. Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.

Tag

mee









Laporan Masakan Bergambar (4)

Mee
14-08-2006
simple dan sedap..
Laporan oleh: Nadia

memang simple.. sesuai time takde idea nak masak kan..

Mee_kuah
18-11-2006
letak bende yg ade dlm fridge.Meriah sampai xnmpk mee..sedap2..(^3^)b
Laporan oleh: nure

hehehe.. memang meriah mee nure tu..

Mee_kuah
10-10-2008
Sedap n penyediaan yang tip top->express->simple...Boleh disediakan bila-bila masa terutama time malas...he he he
Laporan oleh: Nenie
Dsc05254
13-08-2013
mmg best! tq choppy.
Laporan oleh: k.zila66

Komen (26)

28-07-2006, Junaidah komen :

ni... mcm mee rebus kalau kat Terengganu...


28-09-2006, emee komen :

ganti kuew teow pun mesti best kan????


04-11-2006, maya_zakry komen :

cam besh je.. tp i teringin nak makan soto ayam...


05-07-2007, kiki komen :

pakai mee putih ke tu? mana nak cari..kalau mee kunig, tahu lah..Dalam gambr macam laksa je?


05-07-2007, yantideuga komen :

kan kat gambar tu mee kuning yg mcm laksa tu agaknya taugeh kot... tapi rasanya mmg mcm mee rebus... tapi ada kelainan tahniah....


23-07-2007, mishah63 komen :

Nampak sedap dan ringkas nanti nak cuba --anak2 suka makan mee selalu buat kuah soto (segera punya)


29-10-2007, emy_za komen :

nampak macam sedap je. Nak cubalah........


13-12-2007, Princess of Heart komen :

meleleh air liur walau tengah salin resepi mee kuah ni, kalau dah siap depan mata rasa2nya mmg x cukup 1 pinggan ni !


05-11-2008, suzukiresepi@yahoo.co komen :

emmm...sedap sungguh weh...cubalah demo pulak...tq


05-01-2009, shaaz komen :

nampak cam sedap... nak cuba mlm karang, kalu sempat, kite amik gambar..


12-01-2009, mrs.arifful komen :

tak sabar nak buat utk berbuka ptg nih...hehehe


18-08-2009, ietairis komen :

emmm..macam best jer..nanti nak try la...


22-09-2009, ebak2 komen :

ti bole try gak


06-12-2009, applelady93 komen :

nmpk sedap la... da meleleh air liur ni... nak try la!


11-03-2010, sweety87 komen :

mcm mee rbus j...tp ok la...nk try la... tq...


04-12-2010, fidaskindah komen :

ringkas je bahannya...mcm sedap ...nak cubala....


17-01-2011, ANACONDA5100 komen :

BLH buat nega ni


04-03-2011, pura komen :

cam sedap kan...esok nak buat sarapan......


06-03-2011, rokiahlamit komen :

nanti nak cuba lah.........


22-04-2011, kina69 komen :

ermmmm..........sedap nyer!sya dah cuba buat ptg tdi.dapat pujian..ringkas dan senang dibuat.anak2 pun suka..tambah kicap cili lgi sedap......nti ada kwan dtng nak buat ler....


24-04-2011, sarinahzaidi komen :

semalam suami beli mee, nanti boleh le cuba, untuk mkn malam nanti. Nampak sedap, ringkas lagipun utk mkn mlm, makan apa yang ada je le.


26-05-2011, anisyie komen :

klu kat klantan mee kuah taruk sos


30-06-2011, zila sheila komen :

cam mee sup pon ade, ape-ape pon try dlu baru tau.. nyam..nyamm..


12-08-2011, maznah abdullah komen :

Kat trengganu ni nama me rebus.sedap ni.blh trytq.n.n


06-09-2011, amerose komen :

mee kuah citarasa mengikut negeri adalah berlainan... ada pangil mee sup, mee rebus.. tapi yg best adalah masakan penang.


12-09-2011, Noran Mirza komen :

Teringat time 1st prgnant, blk ke umah mertua & tetiba nk sgt2 mkn mee rebus. Suami dh bg tau kt Temerloh tkde mee rebus yg mcm saya nk.. Tk percaya lngsung. Tp bila dh oder, yg smpi.. mee yg mcm nilah.. frust btul.. Upanye lain tpt lain namanye ye.. Ape pun, akan buat jg resepi mee ni weekend nti..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu