Google+

oleh: wifemuda Kuih cara moden

Kuih_005

Resepi asal dari laman web saji...saya dah cuba dan ini lah hasilnya...sedap..tq kpd tuan empunya resepi....leh la kongsi kat sini ye..hehehe


Created on : 27-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi wifemuda




Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 250ml susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil mauripan
  • sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar butter ( cairkan )
  • sekaya secukupnya ( resepi kaya boleh anda lihat di resepi sekaya pandan )

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).
  2. Kemudian masukkan susu dan telur
  3. Gaul hingga sebati. Biar selama 1 jam.
  4. Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata semula.
  5. Panaskan acuan (kuih cara ) dengan butter. Sudukan adunan dan isikan kaya ataupun apa saja isian kegemaran anda
  6. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
  7. Apabila ianya kekuningan....angkat.Buat sehingga habis....

Tag

kuih-muih









Laporan Masakan Bergambar (4)

Caramoden
14-05-2009
dah dua kali buat...sedap!
Laporan oleh: maisya

tang..tang..tu..tali kecapi.

Cara_moden3
26-12-2010
sangat sedap cara ni...mmg ngam diinti ngan kaya..boleh buat laagi dan lagi...mekasih ye
Laporan oleh: izahdaut
Img_0284a
01-08-2011
kuih untuk 1st day berpuasa, x sabar nak merasa kesedapannya.
Laporan oleh: Kak Rosenah
Dsc00288
07-01-2013
kuih cara moden ku yg hitam
Laporan oleh: jun75

Komen (5)

27-04-2009, zaisweet komen :

wifemuda, Ada tak rasanya macam kaya boll.....TQ


27-04-2009, wifemuda komen :

askum..zaisweet, mula - mula rasa cam kaya boll yg selalu ade jual kat supermarket tu, bila 2 - 3 kali rasa cam pancake pun ade...... yg pastinya ianya terbukti 100% sedap....yummYyyyyy..


28-04-2009, anis_zam komen :

Salam, wifemuda..sy nak tanya...mauripan tu apa...kat mana nak dpt...


28-04-2009, wifemuda komen :

ws anis.. mauripan tu adalah yis kering yg selalu ada dijual kat kedai runcit....ckp je kat org kedai tu nak beli mauripan satu....hehehe. Dulu sy pun tak tahu...


14-05-2009, wifemuda komen :

tang..tang..tu tali kecapi....klu sedap buat la lagi...tq maisya kerana mencuba...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd