oleh: onigiri Cheesy Milky Bun

Chesy4

Bun yang berkhasiat dan mengandungi kalsium yang tinggi


Created on : 27-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi onigiri




Share


Bahan-bahan ( 12 bun kecil )

  • 250 gram tepung roti
  • 30 gram tepung gandum
  • 160 ml susu segar
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar cheddar cheese ( powder)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar marjerin
  • sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas bun
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu kecil yeast

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali mozarela cheese. Uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan. Tutup bekas adunan dengan kain atau pun wrapping.
  2. Sblm_dibakar
    perap sehingga doh menjadi dua kali ganda, dan setelah itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. kemudian bahagi doh pada 12 bahagian dan susun atas dulang pembakar.
  3. Chesey3
    setelah doh naik, sembur ( spray) permukaan doh dengan air dan tabur mozarela cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. Keluarkan roti dan glis roti dengan marjerin untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat.
  4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam plastic atau bekas kedap udara, roti ni lembut je sepanjang masa, sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

Tag

roti


Laporan Masakan Bergambar (2)

___009
29-04-2009
lembut sgt roti ni...xrugi m'cuba...tq ros!!!
Laporan oleh: are3646

nampak gebu sungguh bun are ni...rasa nak ngap je..thanks sbb sudi mencuba ye..ade masa leh buat lagi ye...

Cheesy_milky_bun
07-05-2009
Ros, akak lebihkan chees tu..walla! mesti anak2 suke balik sek nanti!
Laporan oleh: as75

wah nampak so cheesy....anak2 mesti kata sedap tu...thanks sbb sudi mencuba


Komen (11)

27-04-2009, jann komen :

tumpang tanya,kenapa kena spray doh sblm bakar?


27-04-2009, onigiri komen :

pada Jann : spray ngan air ni untuk mengelakkan permukaan roti terlalu kering setelah dibakar, lagi satu supaya cheese mozarela tu lekat kt atas doh roti tu... ..tips untuk dpt permukaan roti yang licin.


27-04-2009, honeysnur komen :

masa perap x yah ttup dgn kain ke k.ros


27-04-2009, onigiri komen :

to honeysnur : alamak lupa lak nak tulis , aa tutup ngan kain or wrapping ye...


27-04-2009, enas_eryna komen :

salam Ros..kalau tak letak susu tepung ok tak..?


28-04-2009, hasienna81 komen :

akum..onigiri, kite ada gak buat roti...bakar dan kukus..kukus slalu ok la lembut.tp klu bakar kulit luar slalu keras, tingin nk dpt kulit bun @ roti yg lembut. tu sbb kite tak spray air ke? cmne klu guna kaedah baine marry (betoi ke eja)? ok ke ek?


28-04-2009, onigiri komen :

enas_eryna..aa klu tak letak susu tepung pun leh..tu saje je nak menambahkan milky bun ni aje..nnt jgn lupa try ye n bagi laporan sekali nak tgk.. to hasiennna81 : wslm saya tak pernah kukus roti ni...tp klu bakar tak pernah lak keras, kena jaga suhu oven, spray tu pun untuk elak permukaan bun jadi kering, klu U nak guna kaedah ban-marie lagi elok, roti tu tak akan keras bila dibakar, slmt mencuba.


03-08-2009, inawazrun komen :

mcm sedap jek...


03-08-2009, inawazrun komen :

mcm sedap jek...


04-08-2009, inawazrun komen :

kaedah banmarie tu mcm mana?


04-08-2009, inawazrun komen :

kalau bleh minta terangkan, ni first time nak wat roti. takut jadi lain plak.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu