oleh: onigiri Nasi Goreng Nenas

Nenas

mempelbagaikan resepi nasi goreng


Created on : 26-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi onigiri




Share


Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang )

  • 3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
  • 5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar.
  • 1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar mix vegetable
  • 1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
  • 1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
  • 1 biji bawang putih ( dicincang halus)
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • sedikit bawang goreng untuk hiasan
  • 2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)

Cara-cara

  1. Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan. Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba. : )

Tag

nasi


Laporan Masakan Bergambar (4)

Dsc_4489
24-07-2009
sedap,thanks ros.
Laporan oleh: zaina

same same kak, thanks ya sbb sudi mencuba, btw nasi goreng akak nampak sedap lah, suke sotong tu ....

Nasi_goreng_nenas__2_
15-10-2009
sedap...osmate makan b'tambah2...tapi ati punya mcm t'lembap sikit, agaknya kacau lama sangat kot lps masukkan nenas. dia x kering...tp masuk mulut mmg yummy2
Laporan oleh: ati_hayat

pada ati, klu dah masuk nenas tu jgn kacau lama sgt ye, takut air nenas tu keluar, kiranya kacau sebati, dua tiga minit terus tutup api ya..

Picture_011
06-11-2009
tq ros..basic ikut ros punyer, tp akak mmg suke nambah2, hehe..
Laporan oleh: junjs11

takpe kakjun nak tambah ape pun, guna je bahan yang ade, ros pun suke nasi goreng nenas ni, sbb ade masam2 dia tu sedap

P1040263
17-07-2011
slm,sya wat bnyk ckit,ltk sotong jer,tlo pon boh 3,emm sdp.sok sok leh wat lg.tqtq tuan nye rspi...
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (2)

29-04-2009, polaries komen :

tang mana plak nasinya???


29-04-2009, onigiri komen :

saya tak paham soalan polaries ni? nasi? kan saya dah terang kan kt cara tu..kt bahan pun ade... tolong terangkan soalan awak tu dengan jelasnya....kot kot la saya ni tak tulis resepi ni dengan betul....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu