oleh: rossitamz Kek Marie Koko

Img_0186

menambahkan variasi kek batik biskut marie. dapat resepi dari sepupu. senang dan sedap.


Created on : 25-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rossitamz




Share


Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 500 gm biskut marie
  • 1 buku buttercup (250 gm)
  • 4 biji telur
  • ¾ cawan gula
  • ¾ cawan air
  • ¾ cawan milo
  • ½ cawan serbuk koko
  • 4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara

  1. Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  7. Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  9. *** Alaskan dasar loyang dengan cling plastic supaya senang dikeluarkan dari loyang untuk dipotong.

Tag

kuih-muih


Laporan Masakan Bergambar (2)

Kekmerie
05-05-2009
kali ni try resepi k.ita pulak! best bestt! suka sukaaa... cume x gune biskut merie jerk sbb xde! belasah jerk la biskut apa2 janji sedap! hehehehe.. mekacih yer k.ita! ;)
Laporan oleh: hana6877

wah hana! jadik juga kek ni ye! biskut lain pun boleh asalkan jgn biskut yg keras gejung dah le... thanks kerana mencuba!

Kek_marie_koko
30-05-2009
anak2 nor suka sgt dgn kek ni, tq ita..
Laporan oleh: nor_67

Komen (13)

25-04-2009, paejah komen :

wahh yum yumm... tingat zaman sekolah dulu rajin wat kek ni.. tapi sy letak milo sket sebab dulu antu milo hihihihihi... n


25-04-2009, lalagurl komen :

kalao kek ni keras,ape yg kurang? air ke?


27-04-2009, rossitamz komen :

paejah : yg ini memang ada letak milo 3/4 cawan. itu sebab rasanya lemak2 dan sedikit pahit2 koko. sedap! cubalah... lalagurl : kalau keras, mungkin terlebih biskut ataupun terkurang air, ataupun mungkin terlalu pekat sebelum dimasukkan biskut tu.


28-04-2009, footscray komen :

t.q..kongsi resepi..sedap&menjadi.dah lama cari.my hbby suka.tu yang utama.appun syukran jiddan2.


29-04-2009, scopio84 komen :

ermmm nak tanya tak payah bakar ker?? sebab memang cari kek marie yang tak bakar..


30-04-2009, astamalizza komen :

selalu saya bt kek batik ni xguna telor...hmm nk try la bt ikut resepi ni plak..ringkas..


04-05-2009, rossitamz komen :

footscray : terima kasih kerana telah mencuba.


04-05-2009, rossitamz komen :

scopio84 : tak perlu dibakar. cuma kacau atas api sahaja.... selamat mencuba!


04-05-2009, rossitamz komen :

astamalizza : selamat mencuba! resepi ni memang ringkas, main campak2 jer!!!


07-05-2009, ma1za komen :

teringat waktu food fair kat SMDAS thn 1995... group saya buat kue ini.. we are call that KEK BATIK... Seronok sgt waktu tu... kek ini laku sampai 4 loyang... and when i stay here (jakarta) saya sering jg buat kek ini.. mendapat sambutan dr teman2 hubby.. they said.. IT'S SO DELICIOUS!!!!


11-12-2010, maihamid komen :

telurnya mcm byk je..klo letak 2 biji boleh ke..


12-04-2011, mawardesa89@yahoo.com komen :

anak-anak memang suker batik marie ni...nak try wat la..balik ni nak beli bahan2...yummmy...macam sedap..dim makan sebab cantik di pandang


01-07-2011, norshy komen :

nk tanya>>nk mampatkan adunan...gunakan ape?cara yg paling mudah n senang


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu