oleh: Ladybird254 Mexican Taco Soup (Sup Taco Mexico)

No picture

Sup ini adalah sejenis sup orang Mexico yg tinggal di US.


Created on : 24-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Ladybird254




Share


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500 gm daging kisar (ground beef)
  • 1 tin kecil sos tomato (225 gm)
  • 1 tin tomato dadu (diced tomatoes)
  • 1 tin jagung
  • 1 tin kacang kidney (kidney beans)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 camca teh (camt) serbuk paprika
  • 1 camt serbuk jintan (cumin powder)
  • 1 camt oregano
  • Bahan2 tambahan :
  • Cip jagung (corn chips) atau cip tortilla (tortilla chips)
  • Keju cheddar
  • Krim masam (sour cream)

Cara-cara

  1. Goreng daging kisar tanpa minyak di dalam kuali sehingga perang.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih & cili merah di dalam periuk besar.
  3. Masukkan kesemua bahan lain iaitu sos tomato, tomato dadu, jagung, kacang kidney, serbuk paprika, serbuk jintan, & oregano.
  4. Masak sehingga bahan2 merenih iaitu sebelum mendidih.
  5. Apabila daging masak, campur ke dalam periuk besar bersama bahan2 lain & biarkan sehingga mendidih.
  6. Hidang sup di dalam mangkuk & taburkan cip tortilla, keju & krim masam. Sedia untuk dimakan.
  7. SELAMAT MENCUBA! :D

Tag

sup


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu