oleh: watierman Daging Hitam Simple & Nice

Daging_hitam_simple___nice

Ilham dari Kayu Nasi Kandar dan diubahsuai mengikut selera sendiri


Created on : 23-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi watierman




Share


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • !/2 kilo daging (batang pinang)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji buah keras
  • 4 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 12 tangkai cili kering yg direbus/ rendam air panas
  • 1/2 cawan kicap pekat (Tamin Putra)
  • minyak untuk menumis
  • 1 inci halia dan sedikit lada hitam

Cara-cara

  1. Daging_yang_telah_dicuci
    Bersihkan daging yang di potong nipis
  2. Bahan_kisar_dalam_kicap_pekat
    Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia,buah keras, sedikit lada hitam dalam kicap pekat.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  4. masukkan daging dan kacau sekejap dan terus masukkan bahan yang di blend tadi.
  5. Tambah air mengikut kepekatan yang anda suka. Biar sampai daging betul-betul empuk bolehlah dihidangkan....!!
  6. Kicap_pekat_tamin_putra
    NOTA : Gambar kicap yang saya gunakan

Tag

daging


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

23-04-2009, NURAINA komen :

salam watie....nampak cam sedap je sok msti cuba....bahan2 semua dh ada


23-04-2009, peace_zan komen :

Err..kicap masin ke kicap manis..he~


23-04-2009, watierman komen :

Waalaikumsalam NURAINA...cubalah...nanti jgn lupa htr laporan...nak gak tgk hasilnya...


23-04-2009, watierman komen :

peace_zan...kat botol tulis...kicap pekat...dark soy sauce...tapi kicap ni secukup rasa sbb tu tak yah letak garam lagi dah....nanti Watie letak gambar botol kicap tu kat glossary.(Kicap Tamin Putra....Kicap Pekat)...


24-04-2009, NURAINA komen :

salam watie....ha ari ni dh wat dh daging hitam ikut resepi watie tp yg aina wat terhitam ckit la mgkin trlbih kicap kot... sori la gambo x dk la......pa pun x sabaq nk makan...nyummmm


24-04-2009, Syed komen :

Pembuka selera ketika bersama keluarga dan sanak saudara. Dimana saja boleh dinikmatinya. Syabas


24-04-2009, watierman komen :

Assalamualaikum...NURAINA & Syed Tks yer kerana sudi mencuba resepi saya....alhamdulillah kena dengan selera....yg terhitam tu tak apa...asalkan sesedap rasa!!!!


24-04-2009, NURAINA komen :

waalaikumsalam watie....ha rase mmg sedap cam kt nasi kandaq la...my family suka sngat...hubby srh msk lg sok ...pa pun thanks 4 u wate....tnya ckit..watie u dok mana


24-04-2009, watierman komen :

NURAINA syukur kena juga dgn selera you & hubby.....I kat Penang...masuk forum...boleh sembang2 share interest


25-04-2009, NURAINA komen :

sori la watie...nk masuk forum x leh la nape tah.....asyik salah password je.....


25-04-2009, watierman komen :

ooo kalau gitu......e-mail / ym at watierman@ yahoo.com.my...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu