Google+

oleh: Seri Mutiara Obor-obor bercili

Img2005a

Makanan ni kita makan dari seorang sahabat . Rasa yang enak dan sedap.


Created on : 22-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Seri Mutiara




Bahan-bahan ( 2 - 4 org )

  • 1/2 kilo Obor-obor
  • 1/2 biji bawang Besar (dihiris halus)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 2 - 3 biji cili padi (ditumbuk halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Perahan air limau kasturi

Cara-cara

  1. Obor-obor si bersihkan dan di hiris halus halus.
  2. Campurkan bersama bawang, cili, halia, garam, gula, minyak bijan dan air perahan limau kasturi. Gaul rata...... siap.....








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

22-04-2009, pisces^amie komen :

wah.. obor-obor yang... kat laut tu? emmm x yah masak dulu ker? aritu penah tgk discovery ch.. dieorg keringkan.. ala2 ikan masin gitu.. woo leh makan rupenyer... hehehe


22-04-2009, ierarisidi komen :

nie menu org swk....obor2 plu direndam lama coz terlalu masin.......x plu minyak bijan pn okey gk.........


22-04-2009, mama kastam tioman komen :

memang sedap..mama mkn kt restoran kt kuching..dia wat style kerabu..ada kacang tanah..ranggup gitu. Mama suh pak sedara cuba rasa..dia tak mau..sbb dia bygkan obor-obor yg biasa dia tgk kt laut yg besar tu..


22-04-2009, mama kastam tioman komen :

mama pun tak tau rupa sebenar obor-obor yg di masak ni..


23-04-2009, janasuddin79 komen :

hi.. obor2 ni biasa kalau dah dijual kat pasar2 tu memang dah boleh di makan.. biasa kena rendam dulu coz masinlah.. saya pun biasa buat tp lagi simple tumbuk bawang putih dan cili letak perahan air limau kasturi dan pak aji sikit.. gaul dgn obor2 yg dah dihiris tadi.. siap


23-04-2009, peace_zan komen :

Sarawakian buat Umai obor2.DaawNyem..hehe.. BTW,obor2 x boleh d masak macam masak sea food lain sbb obor2 akan hancur macam air.X caya cek encyclopedia obor2.hehehe..~


24-04-2009, maz_zura komen :

sedap nye...mane nak dapat obor2 tue?..


26-04-2009, Seri Mutiara komen :

Obor2 tu ada kat pasar2. senang nak dpt lah..


21-12-2010, lyana06 komen :

Obor2 nie kalau rebus jerk pun sedap.. rebus dalam air yg dh dimasukkan stok ayam.. fuhh mmg sedap.. anak2 sy mmg suka.. makan lak ngan nasi panas2..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu