oleh: watierman Ayam masak merah simply sedap & mudah

Ayam_masak_merah_simply_sedap___mudah

siap dalam 30 minit.....untuk orang yg nak makan cepat tapi nak yg sedap


Created on : 22-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi watierman




Share


Bahan-bahan ( 4 orang atau lebih )

  • 4-8 ketul ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 12 biji cili kering yang di rendam / rebus dlm air panas
  • 1/2 inci halia
  • 2 batang serai yang dititik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (lbh krg 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Sebaiknya tidak terlalu garing.
  2. Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan beberapa hirisan serai yang dititik(untuk bau & rasa).
  3. Bahan yg di blend di tumis dalam sedikit minyak hingga agak garing sambil dikacau....masukkan gula dan sos tiram.
  4. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
  5. Tambah garam / air jika perlu...dan mengikut kepekatan yang anda suka. Selamat menjamu selera.
  6. NOTA: Kalau nak lebih pedas garnishlah dengan hirisan cili merah/cili api dan taburan bawang goreng serta hirisan daun bawang / daun sup.

Tag

ayam


Laporan Masakan Bergambar (1)

Chicken
25-04-2009
Ni versi Love...tambah santan sikit sbb nak berkuah sikit...
Laporan oleh: love2cook

wah.....rasanya ok tak.....ni watie lak nak kena cuba ni...tq ye


Komen (8)

22-04-2009, love2cook komen :

Resipi ni sama seperti mana Love buat sambal ayam. Hehe. Cuma Love tak letak sos tiram, tapi tambah hirisan bawang besar. Mau try ni! Tks eh wati.


23-04-2009, watierman komen :

Cubalah love2cook sebab akak semua benda inilah basicnya.....letak daging ke letak ikan ke telur ke except omit le serai ngan halia dalam masakan telur tu...he.he...masakan....tak pernah belajar....agak2 je...Good luck!


23-04-2009, love2cook komen :

Betul tu wati, itemnye suma memang basic. Sukatannye yang berbeza sometimes. Dalam masakan Love, halia dan serai memainkan peranan yang paling penting. ;) Nak cuba weekend ni ;)


23-04-2009, watierman komen :

love2cook...dah coba jgn lupa htr laporan...nak gak negok your version.....tq


26-04-2009, love2cook komen :

Wati....memang sedap...tapi Love ada tambah spices sikit mcm kayu manis dan bunga lawang...dan asam keping...;)


28-05-2009, NURAINA komen :

salam akak ari ni ieta wat ayam msk merah ikut resepi akak...tp ieta tmbh asm kepinh ngan daun limau purut. pa pun wangi bau dia...x sabaq nk ngapppp...


29-05-2009, watierman komen :

Hai ieta....napa tak hantar laporan...akak dah nengok gambar kat blog....paste la yg tu kat sini lak...apa2 pun tq kerana sudi mencuba!!


18-01-2011, AtehZainie komen :

TQ dah try masa exam final Malay Cuisine Kalau tak dapat A..memang lah...Sedap dan menarik walau ubah sukatan sebab terpaksa buat utk 2 porsi je...TQ TQ TQ..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu