Google+

oleh: wifemuda Sekaya Pandan

Cam_002

Lembut..lebih sedap daripada yg dijual dikedai. Kalau tak percaya cubalah....


Created on : 21-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi wifemuda




Bahan-bahan ( Satu bekas sederhana besar )

  • 1 mangkuk telur *
  • 3 mangkuk santan * ( daripada sebiji kelapa )
  • 3 mangkuk gula *
  • sedikit perwarna hijau ( pandan )
  • sehelai daun pandan ( disimpulkan )
  • ( Bahan yg bertanda * disukat menggunakan mangkuk yg sama ) cth mangkuk seperti didlm gambar.

Cara-cara

  1. Blender telur dengan gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan santan kedalam adunan telur dan blender sekejap.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dlm kuali bersama daun pandan dan sedikit perwarna - masak dgn api yg perlahan
  4. Kacau sentiasa sehingga likat dan agak pekat.
  5. Tutup api dan biarkan ianya sejuk ( boleh dicicah dgn roti , kuih jala @ dibuat inti )

Tag

pencicah









Laporan Masakan Bergambar (2)

Sdc10407
23-04-2009
sedap.........
Laporan oleh: zaisweet

tq sbb mencuba, memang sedap..tak payah nak beli lagi..hehehe

Img_20140227_110555
01-03-2014
salam wifemuda, akk buat skaya ni sukat ngn mangkuk kcik je, tp Alhamdulillah bnyk btl hsilnye. akk gua 2 santn n 1 mgkuk jus pandan. harum n enak skali. jazakillah utk rspinye ye!
Laporan oleh: kakbesah

Komen (17)

21-04-2009, honeysnur komen :

3 mgkuk telo?agak2 bpe biji ek..


21-04-2009, honeysnur komen :

opss silap 1 mgkuk..hmm agak2 bpe bijik


21-04-2009, wifemuda komen :

askum.. honey, yg sy buat 10 biji telur gred B.. tapi ikut jugak besar mana mangkuk yg kita guna tu...klu kecil sikit la telurnya, klu besar banyak la..sukatan mesti lah mengikut mangkuk.


21-04-2009, admin komen :

Kepada tuan punya resipi sila rujuk http://www.myresipi.com/help/isiresipi.html utk mengisi resipi dengan betul. Terima kasih.


22-04-2009, sihzmah komen :

akum wifemuda, kaya ni tahan berapa lama ye?klu tahan lama bleh buat bisness ni..he..he...


22-04-2009, wifemuda komen :

ws..sihzmah, kaya ni leh tahan lama jika disimpan dlm peti sejuk. Bila nak guna keluarkan awal sikit..@ simpan dlm bekas dan tutup rapat2.. leh tahan sampai 2 bulan kalau disimpan dgn baik..


22-04-2009, wifemuda komen :

Buat sihzmah, klu nak buat inti kuih cthnya kuih pau, perlu di masukkan 1 mangkuk tepung gandum, supaya lebih pekat dan tidak meleleh. Masukkan tepung sewaktu langkah no 3. Masak sampai pekat...sejukkan dulu tau.....selamat mencuba...


23-04-2009, powergirl komen :

wifemuda, saya kalau sukatan pakai mangkuk nie , selalu x confident sgt ... u rasa 1 mangkuk tu ada tak persamaan dgn 2 cawan?????


23-04-2009, wifemuda komen :

Buat powergirl, sebenarnya sukatan bergantung kpd besar mana mangkuk yg diguna kan. Klu nak gunakan cawan pun boleh.. 1 mangkuk telur tukar kpd 1 cawan telur, 3 mangkuk santan kpd 3 cawan santan dan 3 mangkuk gula kpd 3 cawan gula.. tapi adunan yg powergirl dpt taklah banyak.....


23-04-2009, zaisweet komen :

wifemuda, TQ resipi mudah tak sampai 10minit dah siap terus makan dengan roti yummy......


23-04-2009, wifemuda komen :

yummy...yummy!!! teringin lak pulak...nasib baik ada lagi dlm freezer... mkn dgn roti bakar pun sedap..heehehee


25-04-2009, mashimaro komen :

3 mangkuk santan tu santan pekat ke


27-04-2009, wifemuda komen :

hai mashimaro, santan yg saya gunakan adalah santan pekat...@ guna je santan dlm kotak.....dah tentu pekat.....


20-05-2009, footscray komen :

mmg sedap...tq kongsi resepi


22-06-2009, emak komen :

salam...untuk wat inti pau tu banyak mana nak buh tepung gandumnya....dah lama teringin nsk buat...ada saper2 leh bantu???tq


22-03-2011, Sharron komen :

P'warna tu,juz pwarna hijau je ataupun emulco ataupun ada yg lain??


23-02-2014, fizadilla komen :

saya baru buat kejap tadi. nampak sangat menyelerakan. lepas ni nak cicah dengan roti. terima kasih untuk resepi :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd