oleh: love2cook Ayam Goreng Berempah Ummph!

Friedchicken3

Actually resipi ni Love modify ikut citarasa hubby dan anak Love. Cubalah...:-)


Created on : 18-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi love2cook




Share


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bahan diperap sekali :
  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka) - dicuci dengan garam.
  • 2 sudu besar pes bawang putih dan halia (dikisar bersama)
  • 2 sudu besar serbuk cili - boleh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih (dikisar)
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam (dikisar)
  • Secubit serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil black vinegar
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari (optional) - ditabur semasa menggoreng ayam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Cuci ayam dengan garam dan toskan airnya.
  2. Fcstep1
    Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap selama 1-2 jam. (disyorkan untuk memasukkan bahan satu persatu ikut turutan sambil menggaul)
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng hingga merah keemasan.
  4. Taburkan daun kari untuk lebih aroma. Angkat ayam dan toskan minyak yang berlebihan.
  5. Sedia dimakan bersama nasi putih dan kari ayam.
  6. Bagi mereka yang suka ayam bercrispy:- Salut ayam yang telah diperap, bersama tepung beras/ jagung dan gorengkan dengan minyak yang banyak.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (12)

18-04-2009, maz-ivory komen :

cntknya warna ayam ni..mcm yg bli plak...sdap ni klu mkn dgn nsi lemak....klu buat utk jmuan pun elok sngat ni...insyaallah nti kita cuba..


18-04-2009, love2cook komen :

Ye Maz, memang sedap dimakan dgn nasilemak pun. Boleh jugak digoreng dgn kulit sekali bagi penggemar kulit ayam. Love tambah serbuk cili untuk mendapatkan warna kemerahan tu. :)


18-04-2009, lebahmanes komen :

hmmm akak LOVE.. sedap nyeerrrrrr.. huhuuuu terlior la plak..


19-04-2009, love2cook komen :

lebahmanes, cubalah sendiri. Mesti suka. :)


19-04-2009, zsa_zsa komen :

telior betol lah.. makan ngan nasi putih je pun ummmpph!! tq love2cook!


20-04-2009, love2cook komen :

zsa, my family memang suka ayam goreng ni....hopefully the same with u all...;)


03-05-2009, wann_trg komen :

emmmmm.......nmpk sedap! leh try....tp saya nak tnya satu apa itu black vinegar? maklumlah sy bru nak blajar masak....


03-05-2009, love2cook komen :

Hi Wann...black vinegar tu cuma untuk menambahkan rasa cuka sikit...kalau tak letak pun takpe. Cuba eh....memang sedap ;)


08-10-2010, mardi komen :

wowww... nmpak sedap!!!


24-11-2010, njo komen :

cadangan saya ... black vineger ganti dengan tairu ayam jadi soft dan lemak. . agak ayam nak di angkat taburkan ketumbar tumuk kasar. : hasilnya wangi serumah dan lalat x usik / cubalah


25-08-2011, sky_chef komen :

macaman nk hasilkan kerak yg bnyk hasil dr gorengan ayam tersebut..??


20-10-2011, rugaiyah komen :

sy nak cuba wat tgk mcm sdp..! wlpun xreti sgt msk dgn danya resipi nie sy akn wat mesti jd ummmmp!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu