oleh: Biduri Samosa

Samosa

Resepi malas nak buat kulit karipap sebenarnya ni.


Created on : 04-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • >> INTI <<
  • 1 cawan daging kisar
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah kari
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. >>Sediakan Inti:
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  3. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  4. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  5. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  6. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
  7. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  8. Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
  9. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas

Tag

kuih-muih




Laporan Masakan Bergambar (2)

Samosa
09-01-2007
minuman petang tadi. Guna kulit samosa...
Laporan oleh: umi_e
Pb250137
25-11-2007
apa nak cakap yerk?? mak kate ase kmau wat kecik sangt.. ada masin ckit.. heheh.. nak wat 3 segi ingat susah upenya ok la..rase??? saya suke!!!oshin..thankzx 4 dis resepi(,")
Laporan oleh: adiezx

Komen (16)

22-08-2006, nuyun komen :

sedap dan cepat..memang makanan favourite nuyun ni..


27-09-2006, princess komen :

nk try la. dh lama cari resepi samosa ni.


18-10-2006, cikda komen :

tak pernah buat lagi tapi nampak best.


06-11-2006, imanazyan komen :

baiduri nnt bole tak bg cara2 bergambar nak balut samosa btk segi3 ni, itu arisaya ada buat tp x kemas dan x cantik lar.


06-11-2006, merpati66 komen :

betol tu boleh tunjukan mcm nak wat samosa tu , saya buat pun tak cantik kalau nak gam tu guna tepung gandum + air lagi kuat jadi gam


20-11-2006, eppy_fizz komen :

ya...lah..saya pun tak tahu macam mana cara nak balut dia. Tunjuk la sample macam resipi karipap pusing tue. kan senang. kalau dah tangok macam mana buat..lebih mudah faham.


30-12-2006, maz_angsana komen :

aaa..tingin sangat nak buat sebab anak suka dan dah lama cari resepi ni..tapi kalo ada gambar lagi cun..senang nak paham


02-02-2007, ctlee komen :

macam mane nak lipat samosa tu


02-02-2007, umi_e komen :

ctlee... Insyaallah nantilah bila umie buat samosa umie amek gambar step by step eekkkk


24-09-2007, ummi48 komen :

ni inti dia bukan inti samosa..ni inti karipap...kalau i buat samosa i tak letak kentang...dging cincang i letak 1 bungkus...tak payah letak daun kari letak daun ketumbar ngan bawang besar yang di cincang..samosa kita masak tak yah pakai minyak...masukkan daging lam periuk,masak sampai air kering pastu angkat dan gaul la dgn daun ketumbar dan bawang yang di cincang..setahu i samosa inti dia jgn basah..


26-11-2007, taktau_masak komen :

biduri..xde cara yg simple ker wat inti nyer...nih cm susah jer....


03-02-2008, Ringo komen :

kalau nak bagi komen, biarlah komen yang membina. kalau bijak bagilah komen secara bijak kerana website ini untuk semua lapisan masyarakat. adik2 muda kita pun dok tengok website ni. tunjukkan contoh yang baik OK. PEACE!!!!!


24-02-2008, syue komen :

semalam ii dah cuba wat samaosa.sedap tp tak ctk 3 seginya.myk resap..oily je...soalan/;kulit popia belah berapa yek...tq


20-03-2008, Vivy komen :

Memang resepi sedap dan boleh di cuba oleh orang bujang


12-05-2008, hamdan komen :

alhamdulilah..sya dah try bkn sekali tp byak kali..rasanye sdap,cume tak dapt lipat sgitiga tu dengan cantik je..k.TQ


24-06-2008, noridahling komen :

boleh cuba cara ini juga untuk inti samosa-->ganti rempah kari ngan rempah kurma dan lada sulah..cubala!!~


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu