oleh: Chef Waty Sup Tulang Lombok

No picture

Resepi dari suami ku


Created on : 11-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Chef Waty




Share


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • Bawang Besar 2 labu
  • Bawang Putih 3 ulas
  • Halia sebesar ibu jari tangan
  • Tomato 2 biji
  • Lada Hitam 19 biji
  • Sup Bunjut > pilih untuk sup tulang
  • Daun Sup / Daun Bawang dan Bawang Goreng untuk Hiasan
  • Tulang Lembu 2 kilo dan Daging Lembu 1 kilo
  • Cili Api 15 biji

Cara-cara

  1. Basuh tulang dan daging lembu , kemudian rebus sampai empuk .
  2. Masukan sup bunjut dan garam kedalam rebusan tulang dan daging lembu tadi .(daging dan tulang di rebus dlm periuk)
  3. Bawang putih , halia, cili api , lada hitam di tumbuk halus .
  4. Bawang Besar dan tomato di potong halus dan tumis bawang basar dan tomato hingga naik bau dan masukan bahan2 yang ditumbuk tadi ... tunggu sampai naik bau . ( Guna Kuali )
  5. Selepas itu campur kan bahan tadi kedalam rebusan tulang dan daging lembu tadi ... tambah garam secukup rasa ... Masak selama 15-20 min dan rasa daging telah empuk .
  6. Hidang Panas dan taburkan daun sup , daun bawang dan bawang goreng . Selamat Mencuba !


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

11-04-2009, Chef Waty komen :

Masa baru kawin tak lah pandai sangat masak ... Tapi Alhamdulilah suami banyak mengajar cara2 masak . Resepi ini waty juga buat untuk makan tengahari dan Hari Raya . Apa2 pun sila lah mencuba dan komen dari anda amat lah waty nantikan ... bye


12-04-2009, Terataiungu komen :

perahkn limau nipis cikit..perghhh...trangkat.. lapaw2..


13-04-2009, Teratai Desa komen :

Biasanya saya rebus daging dengan halia biar cepat empuknya. Apapun mesti rasanya mcm kat warung...


13-04-2009, Chef Waty komen :

Sebenarnya kan waty terlupa satu bahan lagi iaitu BUAH KERAS ... hmmm sorry ... Buah keras tu dalam 3 biji dan di tumbuk bersama dengan Bawang putih , halia , cili api , lada hitam .... Buah keras tu untuk memekatkan kuah ... ok sorry sekali lagi ...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu