Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Kek Aiskrim Vanila

 Submitted By On 11 April, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Cara buat aiskrim vanila sendiri...

Ingredients
  • ** Cara untuk buat kek span adalah sama dengan cara kek span aiskrim strawberry yer :)
  • BAHAN2 AIS KRIM VANILA
  • Bahan A
  • 4 Biji Telur (gred AA)
  • 80 gm Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Vanila
  • 200 gm Whiping Cream
  • Bahan B
  • 375 gm Fresh Cream
Instructions
  1. Terlebih dahulu sediakan kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis. Saya buat deko ni untuk 3 lapis kek dan 2 lapis ais krim.

    P1010235.jpg
  2. Bahan A di masak secara double boil sehingga sebati dan gula cair kemudian sejukkan.

  3. Bahan B dipukul sehigga kental, seperti nak buat toping kek, jangan terlalu kasar nanti banyak ruang udara.

  4. Campurkan bahan A tadi kedalam bahan b dengan menggunakan wisk, kacau perlahan-lahan. bahagi ais krim kepada 2 bahagian sama banyak.

  5. Letakkan kek lapisan paling bawah dalam loyang sepadan atau gunakan plastik roll. macam saya buat ni.

    P1010281.jpg
  6. Kemudian ratakan aiskrim di atas kek tersbut.

    P1010282.jpg
  7. Lapiskan dengan kek lapisan kedua dan kemudian ais krim. dan atas sekali lapisan kek yang terakhir. bermakna 3 lapisan kek dan 2 lapisan ais krim.

    P1010283.jpg
  8. Setelah siap balut dengan plastik wrap dan masukkan dalam peti beku minima 3 jam. Buka plastik roll dan ini lah rupa nya setelah dikeluarkan dari peti sejuk.

    P1010288.jpg
  9. N then boleh lah di topingkan dengan menggunakan fresh cream lebih kurang 1 setengah cawan.

    P1010290.jpg
  10. Mahap yer saya tak leh nak potong kek ni untuk tunjuk bahagian dalam sebab kek kastemer.. hehe.. :)

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All