Belum menjadi ahli? Daftar (percuma) | Sudah menjadi ahli? Log In
Mudah dan cepat. Gambar dr laporan masakan
Created on : 25-12-2006
Laporan Masakan Bergambar (2)

Komen (2)29-12-2006, umi_e komen :
linaz... pulut tu dikukus atau masuk dlm microwave je? atau dimasak cam masak nasi?
31-12-2006, linaz komen :
hi umie, maaf, ada technical error. resipi ni belum siap textnya. sbb tu takde cara2. pasal pulut tu, linaz guna microwave. lepas basuh pulut, rendam dlm air slama 1 jam. masukkan pulut dlm pyrex. masukkan bahan A. pastikan paras santan dan air cukup2 menutupi paras pulut. letak dlm microwave. set slama 12 minit. lepas cukup tempoh, tutup pyrex tadi dengan pinggan dan set 8 minit lagi. sambil tu sediakan daun pisang. kemudian masukkan pulut yg dah masak td atas daun pisang. lebarkan mcm buat lepat pisang.terpulang kpd saiz yg umie mahu. linaz suka saiz comel, jd 1 sudu besar pulut dah ok. lepas tu letak serunding ikan di tgh pulut. kemudian gulung ngan daun pisang td, biar padat. lepas tu sepit dengan lidi. utk panggang, panaskan minyak sikit dlm frying pan. lepas tu susun pulut2 berdaun pisang tadi atas kuali dan golek2 sampai daun jadi layu. kalau suka garing, boleh biar hibgga daun jadi hitam sikit. harap penerangan ni dpt bri gambaran pd umie. slamat mencuba!

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu