Google+

oleh: honey10 Kek Coklat Moise

Img0097a

Dapat resepi ni dari kawan yang buka kedai kek kat tempat honey.


Created on : 09-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi honey10




Bahan-bahan ( 1 biji )

  • A) 320gm gula kaster, 3 biji telur
  • B) 200 gm tepung gandum, 75gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder,1 sudu teh double action baking powder
  • C) 1 cawan susu cair, 1 sudu besar esen vanila
  • 1 cawan minyak masak
  • D) 1 cawan air panas

Cara-cara

  1. Pukul bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan bahan B dan bahan C pukul lagi sebati.
  2. Masukkan bahan D pukul laju dan sekejap sahaja.
  3. Guna loyang 9x9in. Kukus selama 1 - 1 1/4 jam. Tutup dengan kain bahagian atas permukaan kukus supaya air tidak jatuh ke dalam kek








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

10-04-2009, khuz komen :

double action backing powder tu x sama dgn bckg pwdr biasa ke?


11-04-2009, honey10 komen :

x sama dengan baking powder biasa. double action ada dijual. carilah ya.. biasa saya beli kat econsave atau kedai yang ada jual bahan2 buat kek.


10-08-2010, e_kyn94sweet@yahoo.com komen :

maf erk...ekyn nk tye...suhu die bpe ???.. mklum la.. ekyn bru nk bljar...heheh..


12-10-2011, ananurfahana@yahoo.com komen :

double action baking powder same x dgn soda bicarbonat?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu