oleh: ixaixora Strawberry Cheesecake

P3310251_copy

Resipi yang diubah suai


Created on : 09-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ixaixora




Share


Bahan-bahan ( (Kek keju yang kecil untuk sekali makan) )

  • Bahan-bahan untuk dasar kek
  • 150g biskut merry (Cap Tiger pun ok)
  • 20g gula kastor (dikisar dahulu
  • 150g mentega cair (panaskan dalam oven dulu sampai cair)
  • Bahan-bahan adunan
  • A: 250g cream cheese; 50g gula kastor
  • B: 20g tepung gandum
  • C: 2 biji kuning telur+1 biji telur
  • D: 250g strawberry yogurt (brand DutchLady atau Nestle)
  • E: 2 biji telur putih, 35g gula kastor
  • F: 15g tepung jagung
  • G: Buah Strawberry (Potong 7-8 biji strawberry dalam potongan sederhana besar-1 biji=8 potongan)

Cara-cara

  1. Cara-cara (Dasar kek)
  2. Biskut merry dikisar
  3. Di dalam bekas lain, masukkan gula kastor ke dalam mentega cair. Kacau sampai sebati.
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam biskut merry yang telah dikisar . Gaul sehingga sebati.
  5. Tekan rata-rata dalam loyang (Sila rujuk cara nak alas loyang dalam list resepi saya yang lain) Tutup bekas dengan wrapper sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Cara-cara (adunan kek)
  7. Bahan E dipukul sehingga kembang. Selepas kembang, masukkan F dan adunkan.Ketepikan.
  8. Putar A hingga lembut. Tambah B dan kacau sehingga sebati
  9. Campur C dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil
  10. Campur D dan adun hingga rata
  11. Masukkan bahan E dan F yang telah dipukul terlebih dahulu, ke dalam adunan
  12. Masukkan potongan strawberry ke dalam acuan. Gaul rata-rata (tak perlu pakai pemukul)
  13. Tuang semua adunan ke atas base biskut tadi
  14. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 80 minit. Boleh cucuk kek untuk pastikan dah masak ke belum.
  15. Setelah masak, bukakan pintu oven sedikit (jangan buka sepenuhnya) untuk haba keluar.
  16. Keluarkan dari oven selepas 1-2 jam (atau rasa bawah bekas, kalau dah suam-suam kuku, dah boleh bawa keluar).
  17. Masuk dalam peti ais tapi pastikan dah wrap loyang.
  18. Boleh hias kek dengan Strawberi yang dicelup dengan coklat atau taburkan coklat cair atas kek.


Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc03424
22-04-2009
dlam mase 1 jam,1 famili abiskan,,sdap sgt,,cme yg base tu sye gne cara lain..hehe,,,tq 4 da resepi!!
Laporan oleh: hamizah91

sharing is caring :).. base coklat ye?? amat nyums!!!!

Dsc00678
28-06-2011
1st time buat cheese cake gune diz resepi...sedap sgt!!! thanks :) tp ade alter sikit, tmbh coklat in layers...cake nipis sbb gune loyang besar...but still sedap menjilat jari!
Laporan oleh: aisyazreen
Dsc00677
28-06-2011
ni 2nd time buat,,..sedap!!!! thanks...will recommend this recipe to others :)
Laporan oleh: aisyazreen

Komen (4)

10-04-2009, asyura komen :

i tringin nk mkn cheese cake.....tapi cara nk wat kek tu bagi sedap susah gak ye....


14-10-2011, little lala komen :

no baked punya ada jgk


06-01-2012, AMir MUs komen :

nak bakar camane? bakar camtu je pun ok ka? or kena guna teknik bain mary/water bath tu?


06-01-2012, AMir MUs komen :

bakar camtu je ker? or kena guna teknik bain mary/water bath tu?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu