Google+

oleh: footscray Daging merah tiga rasa

No picture

masakan daging ala thai


Created on : 06-04-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi footscray




Bahan-bahan ( sajian untuk lima orang )

  • 1/2 kg daging dipotong kiub
  • 2 batang serai dikisar halus
  • 1/2 inci lengkuas dikisar halus
  • 2 helai daun limau purut dicarik
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar pes tomyam yang pedas
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat

Cara-cara

  1. tumiskan pes tomyam beserta bahan-bahan yang telah dikisar
  2. masukkan daging dan daun limau purut
  3. biarkan sehingga kuahnya agak pekat kemudian masukkan gula dan garam
  4. tambahkan garam dan gula mengikut citarasa
  5. taburkan bawang dan kacau sehingga agak layu
  6. sedia untuk dihidangkan bersama nasi yang panas









Laporan Masakan Bergambar (1)

Daging_merah_3_rasa
23-06-2009
dgn rasa tomyam, masam2 dan pedas.. sedap!!!
Laporan oleh: nor_67

t.q sudi mencuba....


Komen (3)

12-04-2009, anamuslimah komen :

sonang ajo nih..rs pon mesti sedap..kalo ade gamba mesti lg meleleh air liur..huhu


18-04-2009, footscray komen :

sorry xde gambar,nanti saya masukkan.my hubby mmg suka masakan ni.firs time buat mmg meleleh air liur sbb bau daun limau&rencah tomyam...and bagi pedas sikit.makan asyik tambah ja.cubala...nanti beritahu komen ya


10-08-2009, niah61 komen :

mmmm...mcm sedap je rasenye ni


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd