Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com
Asam Pedas Ikan Siakap

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap

 Submitted By On 24 December, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Mudah disediakan. Asyik Siakap Sweet Sor je, sesekali masak asam pedas sedap tau!

Ingredients
  • Ikan siakap sederhana besar- dipotong 5 bahagian
  • Bahan2 untuk dikisar halus: 10 tangkai cili kering, 5 batang cili merah, 1 labu bawang besar, 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, & 2 inci belacan
  • Bahan untuk dihiris halus: 3 ulas bawang merah, & 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air asam jawa, & 4 cawan air(untuk kuah)
  • 2 batang serai diketuk, 3 helai daun limau purut (buang tulang tengahnya)
  • 15 batang bendi saiz kecil @ terung yg dipotong mengikut saiz pilihan anda
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Instructions
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dihiris halus hingga layu serta naik bau

  2. Masukkan bahan2 yg telah dikisar halus untuk ditumis bersama bahan hirisan tadi, kacau & masukkan serai. Kacau2 & biar sehingga terbit minyak/sehingga bahan tumis hampir kering

  3. Masukkan ikan & air asam jawa & biar mendidih

  4. Masukkan air, daun limau purut & bendi/terung

  5. Letak garam & gula mengikut rasa yg dikehendaki. Kacau perlahan, biar mendidih/masak pada api sederhana, sehingga ikan & bendi/terung masak.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments