Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ♥Soto Banjar™

 Submitted By On 01 April, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Soto yang tidak menggunakan rempah jintan ketumbar dlm bahan2...walaupon supnya kelihatan jernih tapi rasanye enak sekali....sesuai dimakan bila2 masa saja...

Ingredients
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 dan dibersihkan
  • 4 ltr air
  • 6 helai daun limau purut
  • 3 batang serai - dititik
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 20 ulas bawang merah*
  • 7 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 1/2 jari kunyit hidup*
  • 1/2 biji buah pala*
  • 1 sb lada putih biji*
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak - untuk menumis
  • BAHAN2 SAMPINGAN :-
  • nasi himpit,mee kuning atau mee hoon yg dicelur
  • begedil,telur rebus,tauge
  • su'un yg dicelur-utk tabur (kalau makan dgn nasi himpit)
  • daun sup,daun bawang,bawang goreng
  • sambal kicap cili padi
Instructions
  1. Rebus ayam dgn 5 bahan2 berikutnya.

  2. Kisar bahan2 bertanda*.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan curahkan bahan tumisan ini ke dalam rebusan ayam tadi.Tambah garam secukup rasa.Biarkan kuah soto mendidih dan ayam empuk.Matikan api.

    kuah_soto_banjar.jpg
  3. Keluarkan ayam.Siat2 isi ayam dan goreng dgn sedikit minyak dan ketepikan.

  4. Bubuh bahan2 soto di dalam mangkuk,tuangkan kuah soto dan tabu dgn bahan2 taburan dan juga isi ayam yang telah disiat2 tadi.

  5. ***ayam boleh dipotong kecil2 dan tk perlu disiat2...boleh juga menggunakan kepak ayam yg dipotong kecil.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All