Google+

oleh: ridzma Lompat Tikam Rubiah Suparman

No picture

Kebetulan tgk TV, ada rancangan Rubiah Suparman punya lompat tikam stail. Memang dah lama cari sukatan yang betul untuk buat kuih ni...


Created on : 24-03-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ridzma




Bahan-bahan ( sukatan untuk satu mangkuk besar )

  • Lapisan bawah:
  • 4 cwn air daun pandan (boleh tambah pewarna hijau)
  • 1 cwn tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur
  • Lapisan atas:
  • 4 cwn santan
  • 1/2 cwn tepung beras
  • garam secukup rasa
  • Air gula:
  • Gula melaka/nisan
  • Air
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan air, tepung beras dan air kapur dalam kuali. Masak/kacau sehingga adunan pekat dan berkilat.
  2. Setelah masak, tuangkan di dalam mangkuk. Biarkan.
  3. Kemudian buat lapisan atas, campurkan semua bahan untuk lapisan atas. Masak/kacau hingga pekat. Tak perlu masak lama untuk lapisan atas ini takut keras kalau masak terlalu lama. Bila sudah nampak pekat, bolehlah angkat dan tuang ke dalam mangkuk tadi.
  4. sudah siap bolehlah simpan di dalam peti ais.
  5. untuk air gula, masukkan semua bahan. Masak hingga gula hancur. Saya lebih suka jika air gula tu pekat sedikit.
  6. Selesai..... bolehlah makan....








Laporan Masakan Bergambar (2)

___005
07-04-2009
sedapp..tq share resepi!!ku tambah pulut merah sbg pelengkap.
Laporan oleh: are3646

tq to tou too... sbb sudi cuba resepi ni...

___003
07-04-2009
gambr time suam2...belum diusik lg!!
Laporan oleh: are3646

hari tu saya ada buat tpi tk ambil gambar lah pulak... tak dan nak ambil habis dah kena ngap. Sbb kan tak sabar suam tu lagi dah hentam... sedap mcm mkan jeli je... hehe...


Komen (5)

09-04-2009, ridzma komen :

mmm... nampak lagi sedap ye... mkn ngan pulut meraj tu.... are...


09-04-2009, ridzma komen :

mmm... nampak lagi sedap ye... mkn ngan pulut merah tu.... are...


19-08-2009, pero komen :

4 cwn santan tu santan pekat(pati) ke mcm mana?


23-08-2011, allysuhaily komen :

suka makan...nak try buat la...kot2 jadi


26-05-2012, 971223 komen :

i will try it.....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu