oleh: umi_e Lapis roti berdaging

Lapis_roti_daging

Roti nak expired jangan biarkan terbuang... sesuai untuk sarapan atau minuman petang...


Created on : 22-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Roti_masak_daging_kentang
    Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2. 1roti_campur_susu_telor_garam
    Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. 2roti_pukul_semua_bahan
    Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. 3roti_celup_roti_dlm_bancuhan
    Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Roti_ramas2_roti
    Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. 4roti_letak_1_3_roti
    lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. 6roti_letak_12_adunan
    Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. 7roti_lapisan_akihir_dgn_roti
    Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. 8roti_tabur_cheese
    Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. 9roti_bakar_12jam_marked_4
    Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Roti_potong
    Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Roti_sos
    Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos




Laporan Masakan Bergambar (31)

Cimg0747
23-01-2007
dah cuba sedap. cuma ubah sikit pukul telur dan letak cheese kat atas roti tu
Laporan oleh: princessharyati

wowwwww cantik sungguh hasil masakan princess! Tengok pun dah menyelerakan... TQ kerana sudi mencuba :)

Img_0260
25-02-2007
umi, nielah resultnya. resepi umi nie bergantung pada inti kalau inti sedap maka sedaplah resepi nie. memang sedap pun dan senang nak buat tak banyak pakai bahan. thx umi at least tak yah buat lasagne
Laporan oleh: Noreen

Noreen... sekali pandang cam lasagne je... resipi ni memang tergantung pada inti daging dan juga banyak mana kita nak letak... Thanks for trying...muuaaahhhhh hehehehehe

Dsc00067
18-06-2007
Tenkiu kak umie... dah 2 kali buat, ni baru nak taruk gambar..memang sedap resepi ni..yan tambah serbuk black pepper tp xletak serbuk kari..nyum..nyum..tima macih.
Laporan oleh: yanc78

sedapnya yanc! memasak ni memang perlukan kreativiti sendiri juga kan...

Konon2_lasagna
19-06-2007
husband mama ckp nama resepi ni sepatutnye ditukar jadik "konon-konon lasagna" eheheheh...sedap! mama bwk gi opis pun derang kata dah buleh bukak kedai.. kembang skjp!!heheeheh
Laporan oleh: mamabebeh

hehehehe tu ler... tapi lasagne kena ada white sauce ;) tapi yang penting rasanya memikat selera ;)

Roti_lapisberdaging
22-08-2007
Dah try. sedap tp sy buat 3 lapis je. bawah ltk kentang lecek + roti tgh inti dan atas mozarella cheese. sedapnyeee..
Laporan oleh: cindaibiru

ermmmm tengok gambar pun dah nampak sedap :P

Image003
13-09-2007
tak berapa cantiklah...tapi habis juga kena ngap....
Laporan oleh: syahmi

syahmi... rupa tak penting :P yang penting habis :D

100_1239
11-12-2007
sedap la umi....tapi takde mozarella cheese so curahkan susu + telur jer...hangin satu badan ni sebab terbeli cheese yg da expired...huwaa!~
Laporan oleh: nOOrsha

kesiannya nOOsha... tapi dgn campuran telor+ susu menunjukkkan betapa diri itu kreatif ;)

Image_252_
17-12-2007
Sedap di makan. walau nampak hangus di atas. (';') ihik.
Laporan oleh: begonia

Hangus takpe asalkan masih boleh makan :)

Dsc00287
04-01-2008
best giler..... habis... ni jer yang sempat ambil gambar.... tq sesangat...umuah..
Laporan oleh: wanQ

nasi baik empat :D kalau kak e ada time tu langsung tak ingat nak amek gambo :D

Roti_lapis
12-01-2008
Buat lagi sekali (", dan nanti buat lagi. ihik.
Laporan oleh: begonia

rajin sungguhlah begonia...

P1140113
21-01-2008
saya dah cuba.. ternyata mmg sedap.. hubby n anak kecik pun suka.. thanks ye umi.. saya masak pakai microwave oven dlm 15 minit je
Laporan oleh: cikpuanmieza

Perangai kak e kan pulak... kalau hb n kids suka, kak e buat sampai dorang muak hehehehehe

Lapisroti
29-01-2008
pakai ubi keledek psl xde kentang ms tu..tp still sedap..tks k e ;)
Laporan oleh: checkmate

mesti rasa dia manis sikit kan ein...

P1000368
25-03-2008
kak umie bau buat resepi ni...sedap giler..saya cuma tambah ciliapi n blend skali..pedas sedap
Laporan oleh: enas_eryna

cantiklah lapisan dia tu...

Image000
04-04-2008
ni la cubaan pertama...sat saja habis, sedap..
Laporan oleh: shira0616

seronokkan kalau buat pastu habis :D

Img_0439
10-06-2008
TQ umi .. ni gambar masa try kali pertama, sempat bagi kawan2 rasa. Sedap dan mudah disediakan. Seeedap sangat! Tak rugi cuba.
Laporan oleh: adiana.salleh
10062008289
10-06-2008
BURP...alhamdullilah..kenyang dah.. ni la hasil sblm sblum di ngap oleh my kids
Laporan oleh: nat_rashid
Lapis_roti_berdaging
22-10-2008
Lasagna malaysia. Hiks!
Laporan oleh: 14sept
4
28-10-2008
dinner mkn nih pon dh kenyang... alhamdulillah.. :) trima kasih yer kak E!
Laporan oleh: hana6877
Imgp6548
01-11-2008
roti lapis ku.. huhuhu...
Laporan oleh: tuberose78
Img_2707
08-11-2008
buat last week.. sedappp.. TQ umi e
Laporan oleh: zana08
Lapis_roti_berdaging
24-11-2008
k.e.... chedapnyer!!!!!!!!!
Laporan oleh: nor_67
Dsc00434
28-11-2008
Buat breakfast pagi tadi.. Sedap dan mengenyangkan... Tq.
Laporan oleh: aymy
Roti_berlapis_daging
08-01-2009
Buat malam tadi. Sedap..
Laporan oleh: hazila
Dsc00371
23-01-2009
dh 2 kali buat..mmg best.tq.nnt nk buat lagi
Laporan oleh: umiey_83
Dscn1269copy1
13-02-2009
dah lama buat,br skrg pandai uploadkan gambar,sedap n tq share d recipe
Laporan oleh: jann
Lapis_roti_berdaging
15-03-2009
Salam Kak E, sedap mudah & mengenyangkan.. 10Q Kak E..
Laporan oleh: as75
Lapis_roti_berdaging2
15-03-2009
Posing jap sblm kena ngap..he..he
Laporan oleh: as75
Lasagna
20-05-2009
Ok. sedap. rasa mcm pizza pun ada.. lain kali nak tukar daging tu ke ayam
Laporan oleh: cendawancun
Img_0034
22-05-2009
sedap la...tak rugi mencuba...
Laporan oleh: Kak Ton
Dsc00433
30-06-2009
memang sedap. mama soh wat lagi.. ni pon dah terasa2 mcm nk mkn lg dh..hu2..
Laporan oleh: bubblegum89
111
02-07-2009
taraaa...makan ngan cili sos..tengkiu kak e
Laporan oleh: junjs11

Komen (32)

22-12-2006, Mat Gebu komen :

hmm bernas sungguh idea umie, leh buat nie, kat rumah mat kalau roti tak habis sure ayam yg kenyang. hehehe......


22-12-2006, umi_e komen :

mat... lepas ni roti yang tak habis jangan kasi kat ayam... makan sendiri hehehehe


23-12-2006, liz komen :

umie_e, auntie liz pon penah recycle roti tapi dia goreng. hancurkan dulu roti pastu goreng macam goreng mee.yang umie_e buat ni macam lagi mengacam. hehehe...nak kena cuba ni!


23-12-2006, junjs11 komen :

macam sedap j. x yah tunggu roti x abih kalu camni..saje g beli lebih2 sbb nak buat, hehe..


23-01-2007, akak noor komen :

waw....leh cuba ni....asyik wat roti john je.... sesekali wat lain lak.....tapi sayang nya rumah akak ni....x nah ada roti lebih.....sentiasa clear....kena beli roti khas utk buat ni


02-02-2007, nrul_zul komen :

nrul_zul nak tanya, kalo gantikan susu segar dgn susu cair leh tak.... nrul_zul tak brape ska la susu segar....


02-02-2007, umi_e komen :

nrul_zul... boleh je... tak jadi masalah pun... bubuh je asalkan jangan bubuh susu pekat manis :P


29-04-2007, sof3 komen :

cam sedap jek..dah la tgh lapo nih..tapi tang cheese tuh cam lari budget sket laa...kalo tak boh cheese rase sedap gak ker??


10-05-2007, izatzie komen :

ermm...sedapppnyerr..bleh buat utk ari sabtu ni..nak pergi berkelahh kat kemensah..budak2 ni mesti suka sbb ada cheese. Rasa nak tambah sikit serbuk kurma dan tukar daging kepada ayam..mesti buat. Sof3..u letak jer cheese kraft yg empat segi pun bleh jugak rasanya..


19-06-2007, Ekieyna komen :

Umi cheese aper eks umi pakai tu??yang brand pe tu ya??x reti la bab beli cheese ni..nti gtau eks..


21-11-2007, zahiranur komen :

dah try... bwk pi jamuan lg.... kawan-kawan kata sedap..... siap minta resipi lg....tq


22-11-2007, shaisari komen :

dah buat tapi lapis roti tu lembik sikit lah (tlebih susu kot or roti kurang) anyway rasanya sedddappp


26-11-2007, Ekieyna komen :

Sedapla umi..tq2..eki dah uat..yummy!ni 2nd time wat..masa mula2 wat dlu x jd sgt..maybe sbb inti dia krg besh:P n x pandai sgt...skrg ni dah jd!!yeah!!


03-12-2007, shizuka_ymy komen :

mmg sedap...dh byk kali try....tp tk sempat amik gmbr....smlm pun bru lepas buat....nyamnyamnyam...


04-01-2008, rossman komen :

dah buat dh smlm.. best giler la... gmbr x smpt ambik dh licinnn... hahahaha


28-01-2008, hanizura komen :

Dah try buat smlm. Sambil layan AJL, sambil menjamu selera. Yummy.... Tp sy tambah lada hitam sikit, bg pedas sikit. Hubby mintak nak bwk gi ofis lg...


14-02-2008, ms_jaafar komen :

nak cuba buat la.. mcm sedap jer.. nnt bila dh jadi, nk anta laporan plak.. hasilnya... :)


10-06-2008, nat_rashid komen :

terliur pulak bile tgk laporan masak oleh adiana ni.. lepas maghrib trus pi dapur n tgk kot2 ada bahan2 nye... fuhh.. nasib ku baik sebab ada ler roti 6 keping tu yg dah expired nye ari ni tapi kentang pulak takdok ni..takpe laaa... daging n bawang cukup dah rasanyer.... ktung-ktang.. dah pun duk dalam oven..tungguuuu...ler report nyer...


06-10-2008, halisBB komen :

dah ramai org try resipi ni..takleh ketinggalan ni..petang ni mesti buat...nnt sy report ok...


16-10-2008, ayumas2002 komen :

tu lah psl halis, skli tgk rmai yg bgi pic.. waa.. jeles2, nak try jgk. tgu :)


28-10-2008, jann komen :

smlm dah buat menjadi.dah ambik gambar tapi tak tau mcmana nak masukkan dlm ni.tq 4 d recipe


28-10-2008, chubby_cheese komen :

Jann, kat sebelag gambar tu, ada Created on : 22-12-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan klick kat tulis laporan, kemudian uploadlah gambar...


14-11-2008, Alis komen :

Kena masak dlm oven je ke? Atas kuali xleh ke..


22-11-2008, zila66 komen :

dah wat semalam...sedapp...tq umi..


23-11-2008, umi_e komen :

alhamdulillah... nampaknya resipi ini tidak mengecewakan ya :) Maaf kerana kak e lama tak masuk sini dan tak menjawab komen2 dan laporan2 yang telah dibuat. TERIMA KASIH kepada semua kerana sudi mencuba :)


24-11-2008, slizao komen :

ingat nak cuba jgk la. actually nak buat lasagna... tapi nak cuba buat la ala2 lasagna ni. sbb byk yg komen bagus tu yg teruja nak mencuba


23-01-2009, umiey_83 komen :

dh 2 kali buat, mmg best sgt....tq..nnt nk buat lagik..


24-01-2009, i-sha komen :

dh try..tp i ganti daging dgn ayam coz my hb x sker daging..btw tq 4 sharing da recipe..


15-03-2009, kakyush komen :

baru baca cara membuat membuatnya dan terasa kesedapannya..kecur air liur ku...


11-05-2009, cendawancun komen :

cuba last weekend. Ok best sangat. Happy coz husband n anak2 suka. anak2 kata cam pizza lah ibu. Ingat lain kali nak tukar daging tu ke ayam + udang + sosej.


11-05-2009, cendawancun komen :

Macam mana nak upload gambar ni... Nak tunjukkan gak hasil yang cendawan buat.


12-05-2009, annck89 komen :

bakar ats dapur ke bakar dalam microwave ni??sori i baru nak blajar masak...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu