oleh: onigiri Chocolate Chestnut Cookies

Coklatcokies2

Menghasilkan biskut yang rapuh dan rangup


Created on : 20-03-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi onigiri




Share


Bahan-bahan ( dapat dalam dua balang kaca (saiz sederhana) )

  • 320 gram tepung gandum
  • 150 gram butter atau marjerin
  • 160 gram gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan kacang chestnut (yg telah di cincang kasar)
  • 1/2 cawan Koko Crunch ( letak dlm plastic dan ramas-ramaskan)

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur dan pukul sebati.
  2. kemudian masukkan tepung yang yang telah di ayak tadi, kacang chesnut dan koko crunch, gaul menggunakan sudu.
  3. ambil sedikit doh tadi dan bentukkan bulat, selepas itu susun di atas dulang pembakar. ulang langkah tadi hingga doh habis, kemudian tekan dengan garpu dan bakar dengan suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Cookiescoklat1
    sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, dapat dalam dua balang bekas kaca, dan amat sesuai sebagai snack untuk si manja anda. Selamat Mencuba.

Tag

cookies


Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc06089_resize
20-03-2009
teruja sgt..mmg sdp n rangup bau sampai ke rmh sebelah haaa, akk campur gan nestem n clat chip...thank's...rumah ros cantik kemas je susunannya..kembanglah tu kena puji haaaaaa :-)
Laporan oleh: shafea

wah..cepatnya kak shafea buat projek cookies ni, ape pun nampak sedap lah cookies akak tu, penuh coklat cip...nak sebalang buleh heheehhehe

Image040
22-03-2009
anak2 kata sedap!tq k.ros
Laporan oleh: bayu-tt

same same bayu-tt, baguslah anak2 suke...kt rumah ni mmg cepa je licin..mak budak pun makan sekali..hehehe, nnt buat lagi ya...


Komen (9)

20-03-2009, umiey_83 komen :

Salam, klau kita guna tepung naik sndiri ok x? naik sgt x biskut kita?


20-03-2009, onigiri komen :

umiey_83 , buleh guna tepung naik sendiri, takyah letak dah baking powder tu, tapi soda bikarbonat kena letak ye..takdelah naik sgt, biasaje, mmg biskut ni akan kembang sikit..nnt dah cuba bagi report ye..


20-03-2009, yap ah loy komen :

nape lu tulunkan gambar cantik tuuu...


20-03-2009, shafea komen :

salam, hai ros npk sdp ,ank pun suka mrk suruh buat ,,koko crunch x ada, so ganti dgn clat chip ok tak?


20-03-2009, onigiri komen :

kak shafea, buleh je ganti koko krunch tu ngan coklat chip, lg rasa coklat nnt tu, anak-anak mesti suke..dah buat bg report ye, nak tgk biskut akak lak...


20-03-2009, shafea komen :

heee leh apa salah nya baru je jegok umah ros sorry lah masuk x bg salam ceroboh dapur heeeee best2 menu..(*_*)


20-03-2009, onigiri komen :

alamak ye ke dah gi rumah ku yang caca merba tu, tak aci lah klu akak skodeng dari jauh, nak tengok blog akak gak leh ke? hehehehe ape pun thanks sbb sudi melawat multiply ku itu...


20-03-2009, shafea komen :

cuma koko tu telebih taruk tu yg gelap sikit ....


29-04-2009, itazul komen :

Alhamdulillah, menjadi biskut kesukaan keluarga, cukup rangupnya, rasanya dan aroma. Cuma ita tukar butter 75gm + shortening 75gm dan koko krunch tu blend kering aje (kes nak cepat, baby tidur). Apa2pun terima kasih 4 the receipe.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu