Google+

oleh: gen25375 Acar Limau Nipis

Dsc00176

Perlukan persediaan selama sebulan. Ambil limau nipis,belah 4 jangan putus. Rendam dalam air panas mendidih selama 40 minit. Gaulkan dengan garam kasar.Perap selama sebulan.


Created on : 17-03-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi gen25375




Bahan-bahan ( 10-15 orang )

  • 5 biji limau nipis jeruk
  • 10 gm serbuk kari
  • 10 gm serbuk cili
  • 10 gm buah prune
  • 1 sudu besar rempah campur (biji sawi,halba,ketumbar,jintan manis dan jintan putih. Beli kat kedai India @ kat Giant)
  • 10 tangkai cili padi
  • gula dan garam
  • 10 ulas bawang merah - hiris kasar
  • 10 ulas bawang putih - hiris kasar
  • 3 cm halia - hiris kasar

Cara-cara

  1. 1. Untuk sambalnya,tumiskan bahan hiris hingga naik bau bersama rempah campur
  2. Kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari.Tumis hingga naik bau dan pecah minyak
  3. Masukkan buah prune,cili padi,jeruk limau,garam dan gula.Kacau sebati.Angkat.









Laporan Masakan Bergambar (1)

Acar_limau
16-06-2009
ati buat, lama dah, tp baru nak tepekkan gmbr...tp ati buat, guna limau kasturi, tp, pahitla. apa yg salah ek? dia punya yg lain2 ok, mmg sedap, sebati dh rs rempah prune (ati letakkan epal gak) cuma tang limau tu je x blh masuk, pahit sgt...kalau ada yg blh btau, blh ati cuba lain kali
Laporan oleh: ati_hayat

Saya tak pernah guna limau kasturi.Tapi rasa pahit tu mungkin disebabkan rendam tak lama kut..Saya rendam limau nipis dalam air panas menggelegak selama 40 minit.Cuba buat sekali lagi dan rendamkan limau tu lebih lama.Mana tau kut2 hilang rasa pahitnya.Selamat mencuba.


Komen (6)

19-03-2009, aminahamin komen :

nampak sedap.boleh cuba ni.Rempah campur tu rempah apa ya?


20-03-2009, gen25375 komen :

Rempah campur tu beli je kat kedai India. Saya beli kat Giant je.Dia campuran biji sawi,halba dsb. Kalau takde pun ok gek.Saya buat pun ada masa tak bubuh rempah tu. Kalau bubuh nampak cantik sikit acar tu.Tu je fungsinya....


20-03-2009, zsa_zsa komen :

alamak,..,, gen25375 sedih saya tgk acar awak. terkenang pada acar arwah mak saya. memang saya tak sempat belajar.. terkilan. ingat2 lupa memang ada perap lama.. tapi hasilnya saya macam nampak .. bijan di tabur. boleh tak buat camtu..??? tq


02-04-2009, gen25375 komen :

Saya buat tak pernah lak campur bijan.yang nampak dalam gambar tu ..biji sawi. Tapi rasanya kalau nak tabur bijan tak salah kut....mungkin lebih sedap dan nampak lebih menyelerakan. Apa pun...selamat mencuba.


27-10-2009, cendana1 komen :

saya sedang buat acar ni tapi ikut resepi MokCik kombinasi dengan Gen dan Kantan. tengok result kang. kalau ok je, saya upload kat sini. kalau tak ok saya makan sendiri le...


11-12-2013, itabob komen :

Limau nipis kat rmh selalunya trgolek gitu je.. Idea yg baik ni.. Lepas ni leh la ita cuba buat acar lak.. Dah lama cari resipi.. cuma nak tau berapa byk garam kasar yg diperlukan ye?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd