oleh: junjs11 Kek coklat moist

No picture

resepi yg senang, guna cawan ..


Created on : 22-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 biji kek..satu kuarge leh mkn )

  • 1 cawan butter/margerine
  • 1 3/4 cwn gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 2 1/2 cwn tepung serbaguna
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • Untuk topping:-
  • # 175 gm coklat masak dicincang
  • # 75gm krim putar
  • # 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas. ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul butter/margerine dengan gula hingga berkrim.
  3. masukkan telur satu-satu dan esen vanilla. Pukul.
  4. Masukkan campuran tepung diselang seli dengan susu segar. Masukkan kedalam loyang yg dialas dan dgris.
  5. Bakar lebih kurang 40-50min (bergantung kpd oven). Biar sejuk sebelum letak topping.
  6. Cara membuat topping:-
  7. Masukkan semua kedalam periuk. Masak atas api perlahan hingga mendidih. Angkat.
  8. Tuang kedalam mangkuk. Masukkan kedalam fridge. Kacau sekali sekala hingga pekat. Bolehlah disapu pada kek.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

22-12-2006, nuarliesya komen :

junjs, susu segar tu yang berperisa coklat atau yang biasa nyer.


22-12-2006, junjs11 komen :

nuarliesya, tu susu yg biasa j. tp kalu nak guna yg coklat, leh gak..maybe kek tu jd sweet lg skit la. jun pernah buat, sedap gak..so, kalau x d yg biasa, coklat pun boleh..


01-04-2007, noris komen :

dah beberapakali cuba buat kek coklat, tapi selalu x jadi.. resepi yang ni boleh jadi ke?


02-04-2007, Lilydvalley komen :

noris... resipi2 kat sini dah pun dicuba dan berjaya. Kalo ur kek asyik x jadi, dn't blame the recipe, but check ur method. Nak godak kek pun ada caranya.


13-08-2007, helicase84 komen :

sdapnyer kek ni.wat ptg td.mmg lembut n berlemak.but topping die xjd coz xde whipping cream..juz gne susu segar n coklat masakan.terlalu cair laa...almaklum 1st time wt topping..btw..tq junjs11 4da recipe!!


14-08-2007, helicase84 komen :

kak jun, nk tnye laa.npe bila time bakar kek tuh dlm oven die cantik je.but lpas kuarkn, bhgian tgh die mendap ke bawah..cam danau toba je rupenye..hikhik.npe ek leh jdk cmtu?explain pls...


03-03-2008, mamacanggih komen :

Juns 11...Resipi ni guna cwn kopi kat umah tu ke @ metric cup? Nk cuba wat ni. Ade yg mengidam...


16-10-2008, shafea komen :

salam, sedap kek clt moist ni, tp kalau ke kwn nak senang saya ada jual tpng kek clat moist ni, cuma tambah 3 bj telur, 1 cwn minyak, 1 cwn air panas, 1 cwn susu cair dan tpung kek yg telah siap, itu sahaja kukus selama satu jam mudah kan, ni add email saya, nshafea.int@gmail.com, tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu