Google+

oleh: riza87 Nasi ulam

Pict0007

sedap makan untuk tengahari


Created on : 15-03-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi riza87




Bahan-bahan ( beberapa orang )

  • 600 gm nasi yang telah disejukkan
  • 40 gm ikan bilis
  • 40 gm bawang merah
  • 3 helai daun mengkudu
  • 3 helai daun kaduk
  • 5 helai daun pegaga
  • 5 helai daun ulam raja
  • 3 helai daun sekentut
  • sebatang serai (diracik halus-halus)
  • 1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada

Cara-cara

  1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
  2. masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.
  3. Mayang bawang merah halus-halus.
  4. Ambil nasi yang sejuk.
  5. Jika ada yang berketul,pecahkan.
  6. Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.
  7. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.
  8. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.

Tag

nasi








Laporan Masakan Bergambar (1)

Pic
17-03-2011
riza87, terima kasih share resipi nasi ulam yang mudah ni.. makan dengan asam rebus keladi.. lega dah dapat lepaskan rasa teringin.. suami makan bertambah.. he.. he.. he..
Laporan oleh: LynnSham

Komen (7)

29-09-2009, hamizahzainal komen :

teringat arwah opah dlu penah buat nasi ulam...ada pucuk ulam yg dipanggil pucuk sekentut...


03-12-2009, hafaza komen :

saya pun tau daun sekentut tu, bau daun tu bila diramas2 sikit, huh... sebijik bau kentut, kah3... jgn marah ye riza..


27-09-2010, bee_rbs komen :

best ni..gu ngan sayuq keladi..fuhh!!!


27-09-2010, bee_rbs komen :

best ni..gu ngan sayuq keladi..fuhh!!!


25-02-2011, alynn kamarulzaman komen :

nasi ulam arwah mak memang paling sedap...tapi dulu zaman remaja mane nak minta mak ajarkan sekarang terasa nak makan susah nak dapat mcm resipi mak...nyesal betul x tnye mak dulu....


26-02-2011, anios komen :

ya lagi byk boh ulam lagi sedap.. mkn lak bersama telor asin dan gulai asam rebus ikan keli campur ubi keladi @ ubi keledek


04-08-2012, syasyayuri komen :

sedap ni..nk cuba wt..tq share resepi


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu