oleh: choppy Nasi tomato

Nasi-tomato

nasi tomato


Created on : 02-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Tag

nasi tomato




Laporan Masakan Bergambar (12)

Nasi_tomato
26-12-2006
menu hari ini...
Laporan oleh: umi_e
Picture_1040
08-03-2007
dinner semlm..very ez..mkn ngan ayam madu n daging kurma..
Laporan oleh: junjs11
100_0823
03-09-2007
first time buat nasi tomato..mudah jeh. TQ for the recipe.
Laporan oleh: beancurd
Photo-0011n
12-06-2008
lunch ari ni..
Laporan oleh: hana6877
Nasi_tomato_choppy
10-12-2008
buat hidangan mase raya haji...enak sngt...tq choppy 4 d recipe...:)
Laporan oleh: kak fida
070320091097
07-03-2009
menu hari ni...terima kasih atas resepinya.
Laporan oleh: baya74
Image030
17-03-2009
first time buat nasi tomato, sedap. Thanks choppy!
Laporan oleh: marie
Dsc00148
29-03-2009
Buat nasi tomato for dinner... sedap sangat.. thank you...nanti nak buat lagi next week..
Laporan oleh: maria74
Dscn1052
22-05-2009
Tada... nie laa upe nasi tomato versi colour-colour... hehehe mam ngan ayam masak merah.. best.. TQ
Laporan oleh: tfsalihah
Img_2855
09-09-2009
First time buat. Sedap!! Terima kasih untuk resepi!
Laporan oleh: shareenadean
P6120166__1_
23-09-2009
First time masak nasi tomato ni kat mesir,..thanks banyak2 la,..lau x kene tunggu balik malaysia baru boleh makan,..saya rasa 3 sudu sos tomato x mencukupi,.ape2 pun memang best,...jom makan... :D
Laporan oleh: Timsah_Menofia
Nasi_tomato
28-08-2010
dah banyak kali buat. memang sedap.
Laporan oleh: mus_lina

Komen (40)

15-07-2006, catharsis komen :

Nak tanya skit...bila da gaul beras tu ngan sos tomato, tomato, susu, air. daun pandan dan garam, pas tu masokkan beras yg da digaul tuh dalam periuk nasi n masak mcm biasa eh? tk payah letak air ker? (start2 nk blajar masak ler) Harap maklum hehehe....


15-07-2006, choppy komen :

kan dalam resepi tu dah kata masukkan air.. try baca balik resepi tu betul2.. SELAMAT BELAJAR MEMASAK Catharsis... ;)


02-09-2006, mariam komen :

tak payah masuk serai ke


04-09-2006, choopy komen :

mariam.. ada sesetengah resepi letak serai.. tapi saya tak letak sebab tak suka..


15-09-2006, lieyn komen :

hi, nak tanya sikit. tomato tu tak buang kulit ke? nak guna susu cair ke susu pekat manis? resepi tu untuk 4 org. kalau utk ramai org mcm mana? sebab saya ingat nak masak masa raya nanti.


15-09-2006, choopy komen :

lieyn.. tomato tu kalo nak buang kulit pun takpe.. saya ni malas sket.. Pasal susu tu.. gunalah susu cair.. kalau nak buat ramai boleh doublelah resepi ni.. atau tambahlah ikut bilangan tetamu..


26-09-2006, zizie komen :

kalu guna tomato puree camne? ke x payah?


06-10-2006, tini komen :

try buat ari nie tuk dinerr.x try lg tunggu hubby blk kije.guna apa yg ada jerr.. rasa ok gak yg penting kena kretip :D


13-10-2006, vivie komen :

sorry..vv nak tny sket..choppy,selepas menumis bahan,bahan tumisan tu kena letak kat mana?gunanya apa?beras tu pula di masukkan kat mana ar?confuse sket.. :(


14-10-2006, nurleen komen :

kita tolong jawab ye choppy..lepas menumis masukkan la beras..tak yah ubah periuk atau keluarkan bahan yg telah ditumis tu & follow step yg choppy bagi tu..selamat mencuba vv!


14-10-2006, choppy komen :

a'ah.. betul lah apa yg nurleen tu cakap vv.. kalau masa menumis tu tak pakai periuk nasi.. pakai fry pan ke.. lepas gaul beras dlm bahan tumis kacau dalm 1-2 minit.. then masuklah beras yg dah digaul tadi, sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam ke dalam periuk nasi .. masaklah seperti masak nasi biasa.


24-10-2006, vivie komen :

thanks..baru vv fhm ;)..


09-11-2006, norhasimah komen :

Choppy,nak tanya sikit, saya ahli baru daftar,sukatan air macam masak nasi putih atau lebih/kurang.. dgn brasmati nie....(maklumlah beras tak sama ada kena lebih air ada yg kena kurang air)


21-12-2006, winter2 komen :

sape tahu buat sambal nasi lemak yang paling best......nanti e-mail saya kar_winter2@yahoo.com.tq


24-10-2007, izzati komen :

choppy, nak tanya sikit.Nasi tomato ni makan dgn apa yer sedap selain ayam masak merah.Ingat nak masak untuk member yg nak dtg beraya kat umah.....


21-06-2008, azareena komen :

baru je siap masak nasi tomato & ayam masak merah resipi choppy. mmg yummy, hilang sikit rindu nak makan nasi tomato. first time masak nasi tomato sendiri ni, selalu beli je kat pasar malam. hehe. thanks ye choppy. :-)


28-06-2008, Jeffry Mama komen :

Buah pelaga tu nak kena pecahkan ke?pastu isi dalam dia nak kena bagi lumat ke?.........thanx ye ....


28-06-2008, hana6877 komen :

i tlg jwbkan....tk yah pecahkan jeffry mama. biar jek sebiji masuk dlm periuk tuh.nnti dgn sendrinya ia akan pecah..


09-08-2008, comel_comel komen :

salam...tompang tanyer, kene guner brasmati ke, kalau tukar braswangi ok tak??


09-08-2008, Sharmila1969 komen :

Saya ada buat nasi tomato simple senang aje tumis perencah macam bunga lawang kulit kayu manis tu lepas tu isi air anggaran masak nasi, tomato puri agak-agak, garam secukup rasa ngan beras biasa. Boleh tahan juga. Ipar saya semua kata best dan mudah tak yah isi susu pun leh juga tak muak makan. Lauknya senang ayam goreng masak merah ngan kobis goreng. SEDAPPPP, cubalah bagi yang suka serba ringkas.


14-08-2008, ayarus komen :

nnt saya nak try dulu. kalau jadik leh bagi tau.


03-09-2008, epent komen :

salam...da try resepi ni smlm tuk juadah buke pose n Alhamdulillah menjadi...hasben smp jer kat rumah tanya msk pe ckap surprise..mase buke pose tu hasben mkn dlu n dia ckp sedap smp tmbh nasi 2 3x...dia ckp dah le buka kedai sb sedap...bila hasben komen sedap smgt nk masak...tu yg seronok tue...tq for the great resepi...


06-09-2008, cabana bar komen :

boleh guna beras biasa tak?bdk baru belajar......


24-09-2008, amzack18 komen :

try nasi ni unt buka puasa.. alhamdulillah first time buat terus jadi. Tq for the recipe..


13-10-2008, mazurah komen :

mazurah dah cuba resepi..memang sedap n senang nak buat..tq choppy


06-11-2008, 1305 komen :

i nak tanya sikit kenapa bila masak nasi tomato ke beriyani ke nasi i selalu mentah kenapa ye?


30-11-2008, gee dollah komen :

Dah coba lunch td. Sedap. Nak jwb soalan `1305`- bila rice cooker dah show `warm`, tambah sikit air or susu in the middle then cover the liquid with nasi. Then press button cook lg. Hope menjadi `cos I had tried. Tips dr kakak.


15-02-2009, kaknita komen :

Hi choppy, thank 4 e recipe.. Succesfull... walaupun guna beras biasa...my chidren love it very much...


11-04-2009, sanji komen :

my fav nasi nih..i try 1st, then i komen later k?


28-04-2009, hmaria78 komen :

choppy, 1st time cuba masak nasi tomato nie ... menjadi la. Makan pulak ngan kurma daging dan ayam masak merah. Memang best ... thanks


06-06-2009, zila66 komen :

buat lunch, dh selalu wat x tahu yg kebrapa...mmg bestttt..sayang kita x ada kamera..tpi kita bagi tahu yg empunya resipi yg kita dh selalu wat....tq choppy..


21-06-2009, ibufarzana komen :

salam choppy. terima kasih atas resipi mudah ini, keluarga suka, dan tambah berselera makan dengan ayam masak merah.


30-08-2009, ernamanjalara komen :

Susu tu..susu cair ke susu pekat ke..susu segar ke..?


08-10-2009, Zaiha komen :

hi choppy, saya nak gunakan tomato puree sa-lain daripada tomato sos boleh tak?


10-10-2009, naznaw komen :

nak try la bt besok... bersemangat ni


19-10-2009, naznaw komen :

yes2...dah pandai masak...thanks choppy..sy dah try msak n best sngt..mak puji sedap..jzt ari tue treclap masuk susu lbh..hehhe


05-01-2010, Hanidda komen :

dah cuba pada cuti tahun baru..sedap..hubby bagi 7 bintang....simple dan sedap...thanks pada yang empunya resepi....


11-01-2010, choqudang komen :

sedap!..very simple campak campak ajer. Basmathi takder. Saya pakai beras biasa. tu pun dah sedap. Dah tu tambah kismis goreng. Cap jempol!


11-01-2010, choqudang komen :

sedap!..very simple campak campak ajer. Basmathi takder. Saya pakai beras biasa. tu pun dah sedap. Dah tu tambah kismis goreng. Cap jempol!


17-08-2010, mosti komen :

resepi kalu letak santan ok x?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu