Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Tengok Jamie Oliver buat ni kat tv. Kepada peminat labu kuning kena try salad ni.Sedap sangat sangat kalau makan dengan grilled fish , steak, atau makan begitu saja.
sebelah labu kuning di potong dadu besar besar (tak payah buang kulit, tapi mesti cuci bersih bersih ya)
2-3 batang carrot di potong dadu besar besar
1/4 cawan minyak zaitun (extra virgin olive oil)
garam dan serbuk lada hitam secukupnya
secekak kecil daun parsley dicincang
pine nuts ataupun badam yang dihiris (boleh guna mentah ataupun dipanggang sekejap)
jus lemon dari sebijik lemon
Cara-cara
Panaskan oven 180 darjah. Guna api atas bawah. Lapik tray dengan aluminum foil.
Gaulkan kesemua bahan didalam mangkuk kecuali lemon jus/badam/pine nuts/parsley.
Tuangkan sayur sayur tadi keatas tray dan bakar selama lebih kurang 20 minit sampai labu lembut dan agak garing kulitnya.
Setelah masak, masukkan kedalam mangkuk. Gaulkan dengan jus lemon/badam/pine nuts/parsley. Renjis kan dengan sedikit lagi olive oil. Siap untuk dihidangkan. Salad ni sedap dimakan panas panas ya...Selamat mencuba.
NOTA: Jamie Oliver letak jugak beet root yg merah dan manis tu. Saya tak letak sebab takde stock. Mesti lagi best kalau letak beet root tu :)