Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Ayak tepung roti, serbuk koko dan garam dalam satu bekas. Masukkan gula. Masukkan juga bread improver dan bread softener jika gunakannya. Kacau rata.
Ambil 4 sudu makan dari 250 ml air tadi dan campurkan yis. Kacau-kacau hingga yis larut.
Buat lubang ditengah tepung dan masukkan yis dan lebihan air tadi. Uli semua dan jadikan doh.
Masukkan butter dan uli lagi hingga permukaan doh menjadi licin dan elastik.
Ambil satu bekas dan sapu sedikit minyak pada dalam permukaannya. Letak doh tadi dan tutup dengan kain. Biarkan doh selama 1 jam atau sehingga naik 2 kali ganda.
Bila doh sudah naik 2 kali ganda, ambil doh dan letakkan atas permukaan yang rata yang ditabur dengan tepung. Tumbuk doh untuk buang anginnya.
Ratakan doh dan masukkan coklat yang dicincang kasar tadi. Uli doh lagi untuk ratakan coklat pada semua bahagian doh. Rehatkan doh 5 minit.
Sapu minyak pada bekas pembakar roti dan bentukkan doh memanjang seperti bekas pembakar roti. Rehatkan doh lagi selama 45 minit atau sehingga doh bersaiz 2 kali ganda.
Panaskan oven pada 425F/220C. Masukkan doh dan bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 375F/190C dan bakar selama 25-30 minit.
Keluarkan roti dan sapu atasnya dengan butter cair. Sejukkan atas redai. Bolehlah dimakan.