Google+

oleh: mutiarazura Spaghetti Bolognese

P1010003

Resipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab authentic rasanya!


Created on : 20-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mutiarazura




Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!









Laporan Masakan Bergambar (44)

Picture_586
09-01-2007
wat for lunch today..cuma cheese x d nak tabur, anyway..sedap. tq
Laporan oleh: junjs11

Thank u 4 trying d recipe:-)

Dsc00956
03-05-2007
dh try.. memang sedap... semua suka...
Laporan oleh: nieta399

mmm....dapnya nampak!

Dsc00731
05-05-2007
yuMmYyyyYYYyyYyyyyyYY!!!!!!!
Laporan oleh: damnmachine

clap clap clap! :-D

Img_1913
05-05-2007
Lagi sedap buat sendiri... :) mmg sedappp...terima kasih..
Laporan oleh: Natto

mekasih try resipi ni :-)

Image956
21-05-2007
Hasil dari saya ;)
Laporan oleh: dy_addis

nice...tenkyu 4 trying!

Img_0008
09-10-2007
Ni yang kak masak utk sahur minggu lepas. U/suai sb takde susu, karot dan oregano. Tapi sedap jugak... t.ksh
Laporan oleh: hanniaziz
Pc030142
06-12-2007
sedap.. tapi terasa air ckit2.. kesilapan teknikal. hehhe..
Laporan oleh: adiezx
Photo-0213
08-06-2008
my family peberet!
Laporan oleh: hana6877

tenkyu!

Pic_232_
31-07-2008
ngade bubuh grated cheese...mmg yummy!
Laporan oleh: azwalissa

nyum! nyum!

Img_0205
23-10-2008
Sedappp! Tak pernah try masak dgn susu tapi mmg rasa dia lemak & luarbiasa..hehe. Kurang masam plak sbb tomato tak berapa ranum....
Laporan oleh: Zara_08

susu tu yg wat special kan?

Dsc00304
28-10-2008
ni masa masih dalam periuk. buat satu periuk untuk open house
Laporan oleh: memmetlenggeng
Dsc00308
28-10-2008
yang ni plak masa dah hidang. Tima kasih kerana resepi yg authentic ni. Saya mencari-cari, baru jumpa..
Laporan oleh: memmetlenggeng

terima kasih sudi cuba resipi ni :-)

Spaghetti_bolognese
20-12-2008
Memang sedap!!..maaf dah banyak kali buat baru sempat nak antar laporan..tq 4 da resipi..
Laporan oleh: as75
Dsc00599
23-12-2008
first time buat spagheti ni.. cheese dgn cendawan xde.. rasa ok..rupa mcm x ok je.. hehe.. lain kali nak masak cukup semua bahan..
Laporan oleh: azilairam
Spageti
24-12-2008
Makanan Barat la pulak. Sekali sekala tukar selera.
Laporan oleh: Shaz_VP
Dsc00742
02-01-2009
slalu buat x pnh letak susu.. x sangka sdap dr yg biasa buat.. buat kelmarin utk jamuan kt kelas.. sumer org puji sedap.. hehe.. pic ni baki terakhir.. bru ingat nk snap.. thanks 4 da recipe ya..
Laporan oleh: myra_melayu
08012009469
08-01-2009
sedap rasanya, cantik rupanya. x rugi cuba resepi ni
Laporan oleh: baya74
Dsc_0001
14-02-2009
sedap..sblm ni xprnh letak susu...tq mutiarazura!
Laporan oleh: are3646
Spageti
25-03-2009
best sgt spagetti ni...i like!!!! tq ye for the resepi
Laporan oleh: quinnie
Spageti
06-04-2009
sedap..walaupun first try tetap menjadi...boleh try resepi lain pulak pas nih...tq2...
Laporan oleh: mollyirwana
Imgp3189
13-05-2009
sedapppp..hehe.. tp byk je yg sy ubah2 sbb xcukup bhn..hehe.. tq 4 da resipi ya.
Laporan oleh: LoNgJaR
Spagetti
14-05-2009
Ni cuba buat lama dah..mungkin terlebih tomato puri..rasa masam sikit.tp ttp best.My fiancee puji dia kata seronok juga sesekali mkn mee itali.Bodek lah tuh.Thanks
Laporan oleh: MissCoffee
Spaghetti1
08-03-2010
Sedapp2..thanks mutiarazura..kite hampir semua bahan2 tu..best2!
Laporan oleh: HaSue
Spaghetti
11-12-2010
tq sis,, menjadi masakan sy!
Laporan oleh: cikfiey
Dsc01638
12-12-2010
thanks..rasa masam sbb terlebih puri kott..saya letak gula lebih sket..pakai daging lebihan raya korban, sedap je...yang optional ingredient, butter, keju, cendawan butang tak letakpun. letak cili bagi pedas hehe..
Laporan oleh: halfjean
Img_0611
10-02-2011
1st time buat.. menjadi! Sedap! Hubby suka sgt2. Trima kasih share resipi ni =)
Laporan oleh: freniq
Sb
19-02-2011
da lame da buat.. tq 4 d recipe.. sedap sgt2! tp sy tambah 1 peket instant mushroom soup campbell.. hehe
Laporan oleh: dee iman
Image091
31-03-2011
sIAp!!!!
Laporan oleh: yongnani
100_3934
26-04-2011
saya tambah bebola daging & xguna oregano just guna daun bay :)
Laporan oleh: hermidanmaiza
Dsc02179
03-05-2011
dh try..mmg seeedap!!.. anak2 suka..peberet sekakak nih!..tq2..
Laporan oleh: k.zila66
Spaghetti
28-08-2011
nyumiessss
Laporan oleh: erniey
Dsc00306
06-09-2011
wat semalam...guna je apa yg ada dlm esbok...kuahnya sikit cair...x nampak pon daging kisar..hehehe sedap sangat...makasih ye!!!
Laporan oleh: cayang_honey
Spaghetti_bolognaise
08-09-2011
thanks yer...saya dah cuba...first time buat ni...mmg sedap....hubby puji dia suka....hmmm..
Laporan oleh: Sheryz
Dsc00002
16-09-2011
sy dah biasa buat spaghetti.. tp kali ni sy cuba resepi awk ntk besday party sy.. mmg sume kata sedap n bertambah2.. thanks
Laporan oleh: yaya bongsu
Dsc06900
03-11-2011
buat lagi..mmg besttt..tq..tqqq...
Laporan oleh: k.zila66
1sds
19-11-2011
yeay..sedap~! thanks for de recipe..dah buat banyak kali tp baru ni nak wat laporan..huhu
Laporan oleh: attila
Spa
29-11-2011
saya kalau buat spagetti memang suka guna resepi mutiarazura ni...sedap sgt..:)
Laporan oleh: quinnie
Spagheti
27-12-2011
buat lagik~! mmg dah jadi feberet skang ni..huhu
Laporan oleh: attila
Spagetti
03-02-2012
assalam mutiarazura..dh selalu sgt gune resipi u klu nak wat spagetti bolognese.. cume skng bru smpai seru nak melapor..sbb bahan2 kali ni complete,takde yg miss..very authentic italiano ni!"La ricetta è deliziosa!"
Laporan oleh: purplerossa
Dsc08687
15-02-2012
buat lagi...suka ngn resepi ni...mekasih ya :)
Laporan oleh: k.zila66
Dsc06193
12-04-2012
yummy2...peberet anak2 tq zura..
Laporan oleh: k.zila66
Img_00000048
26-03-2013
Nie spaghetti saya..... Sedap xpenah wat nie 1st try.....hubby bg 5 bintang..... Tq mutiara.....
Laporan oleh: kunonit
Dsc01604
09-11-2013
sedapp...slurpppp.....
Laporan oleh: 123456
Dsc06345
16-01-2014
wat lagii... tq2.. :)
Laporan oleh: k.zila66

Komen (70)

21-12-2006, junjs11 komen :

selalu buat x d isi susu..ni, susu segar k susu cair tu mutiarazura?


21-12-2006, Lilydvalley komen :

Kenapa kena guna periuk yang tinggi dan dalam, mutiara? periuk biasa2 tak boleh ke, asal boleh muat 2 tin air? Saya tak de periuk tinggi dan dalam tu...


21-12-2006, mutiarazura komen :

junjs11, bila taruk susu ni sos bolognese akan kurang sikit masamnya dan lemak manis, I ikut Italian traditional recipe, susu tu akan keluar balik dari daging lepas masuk air, mmng sedap. Dua2 jenis susu boleh pakai. Lily, takpe asal periuk tu boleh muat kuah dan tak spillover bila mendidih :-)


23-01-2007, norfazilah komen :

nak trylah weekend nih...


04-02-2007, mamatasya komen :

SEDAP SGT....baru 1st try terus menjadi....MARVELLOUS....its simple. actually suami saya x suka sgt italian food ni, tp disbbkan saya suka mencuba n i love italian food... dia pun turut suka.... tq mutiarazura!!!!


05-02-2007, mutiarazura komen :

Tahniah mamatasya! Tapi naper tak tempek gambar? Teringin nak tengok hasilnya :-)


05-05-2007, Natto komen :

Lunch utk my kids td, mmg feveret dia org, kira kali keberapa ye buat ni tp kali ni yg menjadi betul rasanyer cuma tgh mabuk skrg ni jdnyer kuah yg lebih tu buat topping utk pizza.. Tq utk resepi ni mmg besttt.....


09-05-2007, mutiarazura komen :

Thank you kerana mencuba natto! Anak I kalau buat ni memang tak pandang belakang makan hehe...


30-07-2007, rosnani komen :

i dah banyak kali masak..tapi asik lupe nak tempek gambar kat sini..memang sedap sos bolognese ni..kalo ade bake meatball lagi sedap.


07-08-2007, dilla1516 komen :

nak try buatlah... dila ni mmg suka italian food... dulu asik makan kat ikea jer... suka meetball dia.. memang kaw... ada sesapa reti buat tak nak belajar buat hat tuh plak... sedapnyer... xsabar nak masak balik ni...


18-08-2007, skyati komen :

letak susu ker????? 1st time tau.. :D


27-08-2007, reezwan1710 komen :

Hi There.. sibuk mencari2 resipi bolognese di kala merdeka ni... Akhirnya dapat jugak erk yang sedap.. Owh rupe nye kene renih kurang2 2 jam. Erk nak tanye jugak memang wajib ke letak tomato segar? Kalau tak letak ade perubahan rase ker?? sebab cari yang omputeh buat.. tak de yang letak tomato puree.. Neway.. Makasih ya.


01-09-2007, mutiarazura komen :

reezwan, omputeh selalunya guna tomato dalam tin (bukan tomato puree tapi whole Italian tomatoes yang ditinkan). Kat Malaysia ni tomato dalam tin tu susah nak cari kalau ada pun agak mahal sebab kena pakai banyak. Jadi nak senang I guna tomato segar campur tomato puri supaya kuah bolognese tetap pekat :-)


27-09-2007, geezxst komen :

Salam.. saya orang baru kat cni. Nak try buat resepi ni la tp saya suka mkn spaghetti marinara (btul ke ejaan? ;-p). Ade sapa2 tau buat x?


29-09-2007, honeyberry komen :

assalamualaikum... i pun orang baru gak geezxst... emmm..mutiarazura, nak tanya... selama ni i masak spaghetti guna sos pasta yang banyak jual kat kedai tu... teringin plak nak rasa spaghetti yang guna resepi you ni... actually, rasa dia sama ker nanti?


29-09-2007, honeyberry komen :

nak masak waktu berbuka nanti...


29-09-2007, mutiarazura komen :

honey, bg i sos pasta yg jual tu rasa dia x lengkap, terlebih masam. resepi ni akan hasilkan rasa yg lebih balance, masam-manis-masinnya. Cubalah! Nanti leh laporkan menjadi or not ya? :-)


20-11-2007, saadah komen :

assalam..ni bru first time masak...mcamana nak buat stok? dlm bentuk kiub?ada jualka?


21-11-2007, mutiarazura komen :

saadah, stok yang i guna dalam resepi ni ialah kiub lembu brand Knorr, ada jual kat bahagian yang jual kiub ayam, kiub ikan bilis, either brand Maggi atau Knorr. nak wat sendiri pun boleh, tapi amik masa...


09-12-2007, kimie komen :

looks nice wait ill u see mine joke i am new here


17-12-2007, ajnie_2805 komen :

br buat smlm, suami kata sedap tp kuah dia agak kering kenapa ek??????? sy ni br belajar memasak


24-03-2008, fiqa_makan komen :

thank u very much mutiarazura.. i dah try 2x its taste very2 delicious! i gantikan tomato puri dengan sos cendawan,so tak la masam sgt..coz my family tak suka masam-masam.. everyone in my family love it!! thank u very much,bile senang i attch pic sekali ok.. ;)


30-05-2008, ilajza komen :

nk tnya susu tu susu apa & daging tu yg ramly burger ke ? Oregano tu nk beli kt mnr


03-06-2008, aych2007 komen :

guna susu cair , susu pekat atau susu segar


19-09-2008, stilton komen :

saya dah cuba resepi ni, mmg sedap! masamnyer kena betul...tapi tak amik gmbr lak ari tu...


30-10-2008, dzuhana komen :

kalau tak bubuh susu ok tak? tak menjejaskan rasa ke.. sebab saya ni tak suka sangat la makanan yang bersusu..


09-11-2008, intanovia komen :

I dah try resepi nie .. Memang sedap sgt.. thank U mutiarazura!


11-11-2008, mutiarazura komen :

terima kasih kepada semua yang sudi mencuba resipi ni...:-)


20-11-2008, liasari komen :

klu nak betul2 authentic lg guna fresh mushroom rather than cendawan dlm tin. lgpun kan dah confirm cendawan tin buatan cina tu tak halal


26-12-2008, najwafathinah komen :

utk tambah perisa: kalau suka pedas taruk paprika kalau nak agak berempah taruk basil kalau nak kuah agak lemak taruk cheesedale 2 keping


08-01-2009, fairuz_zan komen :

Mutiarazura, kalau kat giant kat bhgn mana nak dptkan herba oregano kering tu? Saya tak pernah nampak/jumpa dan saya tak tau mcmana bentuk herba tu. Saya dah lama cari resepi bolognese mcm ni tapi tak pernah jumpa. Ada juga pernah mkn org buat tapi bila tanya dia cuma kata guna tomato puree tapi barang lain dia tak bgtau..ni dah jumpa mmg saya nak sgt buat sebab anak2 dan suami saya minat sgt spaghetti. Tqvm zura. Lagi satu..sejak saya jumpa website myresepi, saya dah tak pandang buku2 resepi yg dijual kat kedai2 lg..resepi2 kat sini lbh jujur dan ikhlas dari empunya resepi, sbb resepi yg dah dicuba semua menjadi. Terima kasih byk2 sbb dpt beri idea utk mempelbagaikan masakn harian. Tq tq tq tq tq tq so much!!


08-01-2009, baya74 komen :

salam fairuz. saya tlg jwbkn, kt giant sy x prasan, tp kt econsave dkt dgn rempah kari, tom yam, rempah tumis & garam. sy slalu pakai brand McCORMICK. harap dpt membantu.


08-01-2009, fairuz_zan komen :

tks baya..nanti saya carik


13-01-2009, fairuz_zan komen :

hai baya...saya dah jumpa Italian Mixed Herb jenama Mc Cormick mcm yg baya bgtau tu. Saya beli kat giant. Tks baya.


14-01-2009, baya74 komen :

fairuz, masak lbh2 yek, pastu antar kt sy. kehkehkeh. resepi ni sedap tau(pd saya).


26-01-2009, mutiarazura komen :

maaf dah agak lama tak jenguk MR coz bz wif my online biz :-D tq baya tlg jawabkan soklan hehe n tq pada semua yg sudi mencuba ya? jgn jemu mencuba resepi baru. take care!


16-02-2009, nurin_ku komen :

dah test 2 kali.mmg sedap giler! my hubby kemain hirup lagi kuah, smpai licin..ank yg umo 2 thn tu plak asyik berulang je mkn.x sangka sedap plak letak susu. TQ tuan punya resepi.


27-02-2009, ones kaseh komen :

klu ltk cili ckit, bst x? br r x muak


30-04-2009, ainna2105 komen :

i dh cb resepi ni.mmg best sangat.tapi sosnyer kering sket. naper ek?


06-05-2009, nurin_ku komen :

dah buat 2 hari lepas sbb nk tarik selera ank(3). seminggu ni dia lgsung x nk mkn..bile buat spegethi ni, dia asyik menambah je..sukenye tgk dia mkn. sedap! dia ckp.. esoknye gi keje dia dok minta kt nenek dia mee yg mama buat smlm..seronok betul. kena buat lagi le nmpknye.


18-07-2009, zila66 komen :

salam mutiarazura,first time buat spaghetti ni...sedappp gak!..baru nk belajar hihihi....tq ya..


15-08-2009, malazr komen :

bila saya biarkan, dia jadi lagi basah (berkuah) dan bukannya kering. sepatutnya macam tu ke? lepas tu takde rasa (tawar). masalah gula garam ke?(nota: saya memang tak reti masak)


25-08-2009, Ri3na komen :

Hi Saya User Baru Kat Sini! Masa Hari Pertama Puasa Dah Cuba Resepi Kak Zura! Terima Kasih Kerana Kongsi Resepi! Memang Sedap Sangat, Siap Boleh Bawak Ke Sahur! Rasa Memang Lemak, Tapi Ada Satu Jenama Tomato Puri, Purinya Terlalulah Masam (Tin Bewarna Merah), Jadi Ri3na Sarankan Jgn Tambahkan Air Tapi Tambahkan Sahaja Susu Segarnya. Maknanya Sebelum Masukkan Tomato Puri, Masukkan Susu Segar Berlebihan Untuk Kurangkan Masam Tomato Puri. Kalau Tambah Air Nanti Kuah Cair Sangat, Dah Tak Sedap. Lagi Satu, Betul Kata Kak Zura, Kalau Pakai Cube, Jangan Letak Garam, Aji/Gula Berlebihan Nanti Ya Ampuuun Masinnya!..Sebab Kuah Kita Hari Tu Termasin..Hihi..


30-08-2009, aizam73 komen :

salam. i ni x pandai masak, tp 1st time try your resepi ni. mmg beshhh.., sampai anak2 tambah 3-4 kali. Thanx a lot..


23-09-2009, noma_2281 komen :

Salam. 1st time cuba resepi spaghetti mutiarazura ni untuk open house hari raya semalam. Memang sedap..kata2 tetamu I and my hubby sendiri.


03-11-2009, CreativityChain komen :

umm..italian mix herbs tu mmg wajib kn? tp kalau x ltak..rasenye jd lain sgt ke?


10-12-2009, miz molek komen :

salam..kalu kite nak letak prego,takyah letak la tomato puri tu kan..?


11-12-2009, mama kastam tioman komen :

tolong jawap..tak payah..bolih pilih salah satu..


22-01-2010, zlila komen :

Saya biasa jugak buat SB ni tp tambah cili kering, sbb bila ada rasa pedas lagi ummmm sebenarnya.... lagi satu, sya pernah terbaca dalam web halal JAKIM, button mushroom dalam tin di pasaran kita tidak halal, mari sama2 kita semak lagi..


22-02-2010, k.zila66 komen :

salam zura..dh selalu buat anak2 suka...terima kasih byk2 diatas resepi tu ya...


15-03-2010, mastercopy komen :

klu boh susu low fat bleh x..?? sbb on diet...


08-12-2010, laila Isabella komen :

Saya selalu takut nak masak spaghetti sbb takut rasa dia tak balance, kdg2 masam sikit, bila tambah gula, rasa dia dah tak sama lg.. puas pk nk letak apa..Rupa2nya petua dia taruk susu.


08-01-2011, ruhinajjaj komen :

dah 2 kali buat....sgt best resepi nih...dh bg family mkn..bos sy pon ckp sedap....sgt puas hati...tq 4 the resepi!


08-01-2011, cintamutiara komen :

resipi ni mmg sdp sgt2.semua sedara puji.cuma sy xbbh kiub n carrot


10-01-2011, b_kuntum komen :

sangat berpuas hati.. napa la baru skrg saya terjumpa resepi nih. pe pun.. tq pd empunya resepi yg ikhlas memberi resepi nih. sgt enakkkk... :)


10-01-2011, lil_fifi komen :

tis is ma 3rd time..masam pulak da!! t'lebey sparuh tin tomato puree **sobs.. 1st n 2nd time masak sedaaaap sgt.. y ni termasam lak..tp mak, kakak sumer cakap ok jer..deria rasa tukang msak bmasalah agaknyer teheeheee ;P neways..it's such an inspiration...i loyke! (:


23-02-2011, datin noor komen :

saya dah try resepi spagetti u, hubby dan anak2 suka giler, memang sedap kerja menambah2 sampai tk sedar perut naik membuncit...thanks zura u bagi dapur i ceria!


29-03-2011, sabahhayati komen :

very delicious berpuas hati


21-04-2011, jusEpal komen :

ptg nih plan nak bt spagetti dgn my aunty harap2 jdla nanti, jenuh cari resipi tp tgk yg nih sume komen puas ati jer so nak tryla bt..slalu buat x taruk pun susu..nanti sy pst pic dia kau jd ek...hehehe.


21-04-2011, aisuzieya komen :

may i know, which tomato puree brand do u normally use?


24-07-2011, makcik87 komen :

tQ for the recipe!! ^^<3


30-08-2011, miz_diaz88 komen :

hi thre sis :), slpas search2 pya search,akhirnya dpt jg sy resipi nie...tak sabar saya nak mencuba makanan kegemeran saya nie...tq;)


08-09-2011, eyza23 komen :

susu apa yang di gunakan?? berapa sukatan susu yg diperlukan?


28-09-2011, ibuqalesya komen :

susu segar jenama aper yer??


02-11-2011, norashikin_upsi komen :

alamak....susu ape pkai????huhuuuu


16-12-2011, adamama76 komen :

erm saya nk cuba resepi nih r plak.


15-02-2012, k.zila66 komen :

sorry ya...tak tau kenapa jadi mcm ni!!...adooii..tenet wat hal lagi huhu...


09-12-2012, D angel samat komen :

Sy da try resepi ni.. Mg sedap.. Tp kan klu sy nk buat byk2 mcm takut2 plk x mjd.. Ni yg nk tanya.. Klu nk buat dlm 20 org mkn tu mcm ane ek..? Kira kene ganda kan bahan2 die la ye.. Sy baru nk bljar masak byk2 :) sape2 kt cni sudi bg sy tips..bagi le..10q 4 e resepi..


31-05-2013, mutiarazura komen :

salam semua...lamanya tak masuk sini maaf lah ya busy sangat lately.. banyak soalan tentang susu yang saya guna - saya suka guna susu segar brand Dutch Lady yang kotak biru tu...kalau takde susu apa2 pun boleh asalkan susu putih :)


31-05-2013, mutiarazura komen :

tomato puree - any brand is good! tapi i suka brand DuChef coz merah & pekat cantik pureenya :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu