oleh: Ringo Banana Roll

3312107425_f88d2616f6

lagi koleksi roll cake


Created on : 27-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Ringo




Share


Bahan-bahan ( 2 biji jelly-roll-pan 28cmx28cm )

  • 5 biji telur kuning (L size)
  • 40 gm gula pasir
  • 60 gm minyak masak
  • 200 gm pisang
  • 1 1/2 sudu besar plain yogurt ATAUPUN jus lemon
  • beberapa titik vanilla essence
  • 60 gm air suam
  • 140gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • -bahan untuk meringue-
  • #5 biji putih telur (L size)
  • #secubit garam
  • #60 gm gula pasir

Cara-cara

  1. dengan mixer, pukul kuning telur dengan gula sampai keputihan dan kental.
  2. tuang sedikit demi sedikit minyak masak kedalam 1. pukul lagi sampai bila tulis no 8, akan tinggal sebentar sebelum hilang kat permukaan batter.
  3. dalam bekas lain, lecek pisang sampai jadi pes, campur yogurt, kacau. tuang kedalam 2. masukkan vanilla essence. masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau dibawah low speed. 4. ayak tepung dan BP 2 kali, tuang kedalam 3. kacau sebentar. ketepikan.
  4. buat meringue yang kental dengan bahan bertanda #
  5. ambil 1/3 meringue kacau kedalam 4. sampai sebati. masukkan lagi 1/3 meringue, kaup balik dengan spatula. lastly 1/3 lagi.
  6. tuang kedalam dulang pembakar yg telah dilapik oven paper, bakar dalam 170℃ selama 15 minit ataupun bila check dengan lidi tak lekat. adunan diatas adalah untuk 2 dulang 28cmx28cm. kalau nak buat 1 dulang, separuhkan bahan2
  7. bila dah masak, keluarkan dari oven, letak oven paper diatas permukaan kek, terbalikkan. tutup dengan plastik wrap dan biarkan sejuk diatas redai.
  8. bila dah sejuk, boleh la sapu whipping cream dan pisang yang sebijik ataupun dipotong dadu dan gulung. balut dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk untuk serasikan krim dengan kek. panaskan pisau dengan air panas ataupun burner sebelum memotong untuk mendapatkan permukaan kek yang cantik.
  9. note 1: lecek pisang betul2 sampai jadi pes untuk mengelakkan pisang dari mendap. boleh guna FP.
  10. note 2: boleh masukkan kedalam acuan chiffon cake berukuran 20cm dan bakar selama 40-45 minit. jadi la banana chiffon cake.
  11. tips: selepas meringue sudah kental dan tidak jatuh bila diterbalikkan, switch off mixer. cabut whipper dari mixer, dan kacau perlahan dengan whipper tadi untuk mendapatkan meringue yang smooth dan serata.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

27-02-2009, as75 komen :

Salam kak hani.. baru nak mintak rcp.. dah kluar..tq kak! nampak cedap tul... :P----


27-02-2009, Ringo komen :

uih... cepatnya As. akak baru dok pulun C&P :D


27-02-2009, dayang_jack komen :

cantik n nampak sedap. ditambah lg dgn godaan bunga orkid tu, dyg akan try resepi ni...hehe. tq 4 sharing.


27-02-2009, scopio84 komen :

comelnyer.. siap de bunga lagi tuu


27-02-2009, onigiri komen :

kak hani, sungguh cantik roll cake akak ni, dia punye whipping cream elok je terletak...nnt ade masa ros try resepi akak ni..ape pun thanks for sharing


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu