oleh: newbie123 Kek Perisa Jem

Dsc05703

Kek ni boleh digunakan sebagai asas untuk membuat kek jem yang berbagai perisa. Saya dah pernah buat kek jem perisa cempedak, marmalade, strawberry, dan rasberry..semuanya sedap sedap..Jom ler try.


Created on : 25-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi newbie123




Share


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan susu segar (saya guna lassi tanpa perisa)
  • 3/4 cawan jem (saya guna jem raspberry)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah. Sapu acuan kek dengan sedikit butter atau minyak. Campurkan semua bahan kering dalam satu bekas dan ayakkan.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan jem. Pukul sebati. Masukkan minyak, susu, dan bahan kering yang telah diayak. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Masukkan kedalam acuan dan bakar selama lebih kurang 40 minit. Enjoyyyyyy!

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (6)

Dsc05773_resize
05-03-2009
hai sy dah try buat keke ni mmg sedap & gebu, akk buat dgn jem nenas mmg bebaloi lah ingat hujung minggu ni nak buat lagi :-)Thank's
Laporan oleh: shafea

Nampak sedap...lepas ni boleh la try jem lain plak..meriahkan rasa kek :)

Dsc05776
07-03-2009
Kita buat kek ni semalam. Memang best sangat-sangat lah. Kita buat perisa jem raspberry jugak!
Laporan oleh: rozana09

wah..sama sebijik mcm kek saya nihhh :)

Kek_nutella
16-03-2009
Salam..lynne letak nutella...sedap. yum yum. TQ 4 sharing the recipe.
Laporan oleh: Lynne

nutella..great idea...lepas ni boleh try jugak la..nampak lazat!

22032009229
24-03-2009
Sedap, senang, murah. Buat pakai jem raspberry
Laporan oleh: masakmasakmasak
Snv32280
06-06-2009
Sedap.. pakai jem aprikot.. pastu letak aprikot tering yg dipotong kecik2. Boleh buat lagi...:) Tq!
Laporan oleh: aludra
Kek_jem
30-06-2009
Gantikan jem ngan isi durian yang diblend...Sedap dan cukup manisnya....Lain kali boleh buat lagi...Tapi kalau nak letak jem,sukatan gulanya saya nak kurang kan sikit...Apa-apa pun thanks untuk resipi yang best ini...
Laporan oleh: Nenie

Komen (10)

25-02-2009, shafea komen :

salam hai kek ni npk sdp & bhn2 pun simpel je lah try buat....


25-02-2009, newbie123 komen :

try la shafea...boleh perabis saki baki jem dalam peti ais tu sebelum beli jem baru :)


25-02-2009, Lynne komen :

Hi..lynne dah cuba..the kek very lembut je..sedap..lynne letak jem perisa rasberry. Tapi sorry tak sempat nak snap gambar sebab dah tergesa2..potong, hubby nak bawak bekal gi maulud tadik. Apa2 pun kek ni memang sedap..best. thanks for sharing the recipe.


26-02-2009, honeysnur komen :

menariknyer rcp ni...nak try la...


26-02-2009, my_oshin komen :

u all guna cwn yg mcm mana yek?


26-02-2009, newbie123 komen :

oshin, saya guna cawan minum kopi.


26-02-2009, suriany komen :

semalam, before ambik anak kat sekolah, buat kek ni pastu kasi kat mak2 budak. diaorg suka and mintak resepi. hubby pun suka, pagi tadi dia minta wat bekal keje. kena wat lagi la nampaknya. thanks newbie123 :-)


26-02-2009, newbie123 komen :

terimakasih kerana mencuba...sedap kan rasa kek jem :)


27-02-2009, syasyafina komen :

susu nyer masuk biler?...i duk tgh wat sbenar nyer nie..n duk ikut cara2 dier...mmg tkde sebut bler masuk susu...dah masuk bakar td tbe2 teringat susu belum masuk...aiya...tp tk tau la turn out jd ape... huhuhu...kalo rajin nanti i snap gamba


27-02-2009, newbie123 komen :

syafina, susu masuk masa step 2. Tertinggal la masa taip hari tu. Jap lagi saya edit. saya pun baru lepas bakar kek jem ni :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu