oleh: mama kastam tioman Pau Mama

Sdc12266

untuk keluarga kecil..


Created on : 25-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mama kastam tioman




Share


Bahan-bahan ( 18 biji aje.. )

  • 3 cawan tepong gandum ( 300gm )
  • 1 cawan + 1 sudu makan lagi air suam
  • 1 sudu kecil membumbung planta
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu kecil mauripan
  • Plastik/ daun pisang

Cara-cara

  1. Sdc12247
    Satukan air suam, gula, garam dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga ibu roti naik.
  2. Sdc12243
    Dalam mangkok. masukan tepong, planta dan susu. Ramas sehingga rata.
  3. Sdc12250
    Masukkan yis, uli hingga menjadi doh kemudian masukkan minyak masak, uli lagi sehingga sekata.
  4. Sdc12251
    Kemudian hempas adunan sebanyak 21 kali..ketepikan dan tutup adunan selama 10 ke 15 minit. Sementara itu siapkan pelapik pau, daun pisang atau plastik yang di potong 4 segi.
  5. Sdc12253
    Apabila adunan dah naik ambil sedikit adunan, leperkan, isi inti yg di sukai, tutup, letak atas daun pisang atau plastik yg di potong tadi.
  6. Sdc12258
    Buat begitu sehingga habis. Susun dalam kukusan. Biarkan selama 10 minit. Buat adunan sedikit, kena ambil masa sikit.
  7. Panaskan kukusan. Api besar ( dapur gas biasa )
  8. Sdc12259
    Apabila air dah mendidih, letakkan bahagian kukusan yg ada pau tadi tu..kukus selama 5-6 minit aje..
  9. Sdc12260
    Bila dah masak, angkat kukusan yg ada pau tu dengan penutupnya sekali, kebawah. Buka penutup, cepat2 keluarkan pau dan susun di atas surat khabar bagi mengeringkan air yg terdapat pd pau..
  10. Makan time panas2 ni..tak ingat org di belakang..
  11. Kalau nak buat pau goreng, guna api pelahan, sentiasa balik2kan supaya masak sekata. Bila dah perang, bolihlah di angkat..yg ni tak bolih makan panas2, nanti melecur lak mulut tu..tunggu suam sikit le..

Tag

pau


Laporan Masakan Bergambar (7)

Cimg1121
24-10-2009
horey..horey....mama...kali nie jadi macam pertama kali buat dulu...terharu rasanya
Laporan oleh: cikliz

alhamdulillah...sama macam mama buat tadi..

Cimg1120
24-10-2009
yang nie bilah dah belah...puas hati lah...thanks mama
Laporan oleh: cikliz

syukur .. : )

P1020098
31-12-2009
salam ma...bepeluh2 menguli.ketiak mula bacin..hehehe..tp puas ati sbb anak2 smua suka...tq ya .leb u.
Laporan oleh: Mariani(KT)

ish2..begitu teruk sekali?

P1020336
08-06-2010
slm ma..ucu wat lgi..tp kli ni ltk ti kcg mrh....wat utk tgok ank kat asrama...
Laporan oleh: Mariani(KT)

terima kasih ucu..sayang ucu..muah2..

Dsc00519
31-10-2010
ni hasil kami buat.. guna rice cooker je... tapi kulit die mcm menggerutu sikit la.... macam mana ea nak atasi???
Laporan oleh: cikflora

sebab kamu buka penutup kukusan tu kat atas periok yang masih panas..lain kali angkat dulu kukusan yang ada pau tu dengan penutupnya sekali keluar dari periok pastu baru buka penutupnya..begitu juga kalau masak apak atau kek yang berkukus..a

Dsc05069
03-05-2011
salam mama,nih lh pau yg zila buat...seedap inti kelapa..terima kasih ya:)
Laporan oleh: k.zila66

wa'alaikummussallam..sama2 kasih

2011-07-06_07
07-07-2011
Resepi mudah dan senang untuk diikuti..tq
Laporan oleh: surinah

alhamdulillah..


Komen (24)

25-02-2009, minnie komen :

mama..x pahamler yg air tu..1cwn + 1smkn air suam tu cane? utk apa? kena campur kn skali dua2 ke?


25-02-2009, mama kastam tioman komen :

sebabnya minie, air 1 cwn tu tak cukup maka mama tambah 1 sudu makan lagi. Jadi air tu masukan dalam bekas yg besar sikit + kedua2nya sekali...


25-02-2009, mama kastam tioman komen :

masa mama membancuh adunan tadi tu, masih ada tepong yg terlebih dlm mangkok jadi mama tambah 1 sudu makan lagi air suam. Maka baru lah elok doh tu jadinya..


08-10-2009, k.zila66 komen :

salam mama.apa khbar?hendaknya sihat dsamping keluarga tercinta..mama tengok pau mama nih mcm senang...heheee.. zila amik print dulu ya...!nnti senang2 zila wat..k mama i miss u..hihihi...


08-10-2009, mama kastam tioman komen :

wa'alaikummussallam..alhamdulillah..sihat adanya..memang senang zila..bolih simpan...miss u 2..ahak..


21-10-2009, k.zila66 komen :

slm mama..hihik..kite nk bgthu kite dh watlh...mmg bestlh...pkai inti kaya dlm tin.nnti nk wat pkai kelapa lak..ok mama tq ya!...mmuahh..ahak..


21-10-2009, mama kastam tioman komen :

hik..hik..kita pun suka juga bila k.zila dah mencubanya..terima kasih yek... : )


21-10-2009, cikliz komen :

kenapa saya buat, kulitnya tak licin. jadi menggerutu tak cantik. adakah sbb butter. saya tak gunakan planta. mama tolong komen skit. dah lama tak buat. frust sbb buat mesti menggerutu teruk atau sy leperkan terlalu nipis...


22-10-2009, mama kastam tioman komen :

cikliz.. biasanya disebabkan kukus terlalu lama dan membuka penutup kukusan diatas dapur yang masih ada api..mungkin juga doh tu nipis sangat dan dia masak cepat dari masa yang liz dah pastikan..


03-11-2009, k.zila66 komen :

mama kte wat lagi...kali ni pkai inti kelapa...cantik naik...mkn panas2 lajuu...jer..x sedar abis 4ketul hik3..m'ksih ya..


03-11-2009, mama kastam tioman komen :

sama2 kasih k.zila..memang sedap bila makan time dia panas2 lagi tu..terima kasih sekali lagi..


09-12-2009, amyrah80 komen :

mama...nak tanya pasal uli doh..amy uli doh guna tangan..mcm mana nak tahu doh tu dah sesaui utk diperap?..


09-12-2009, mama kastam tioman komen :

apabila doh tak melekat kat tangan..kalau masih melekat, tabur sedikit aje tepong, golek2kan aje doh tu dan perap sekejap. Masa nak bentukkan biji2 tu, sapu tangan dengan sedikit tepong..semuga menjadi kegemaran keluarga amyrah.. : )


09-12-2009, mama kastam tioman komen :

maaf amy..selepas uli tu, hempas doh tu dulu baru di perap..spt cara no. 3 dan 4


31-12-2009, Mariani(KT) komen :

ingin kongsi rasia la.saya ltk 1/2 sk ovelate.bio makin lembut.mama cuba ya.kalo x lmbut jg.mama leh kerat idung saya.hehehe.


31-12-2009, mama kastam tioman komen :

betul tu tapi mama suka rasa yang sedia ada ni..apa-apa pun terima kasih kerana anda tersangat le rajin..


01-03-2010, perakdarulridzuan komen :

Alhambdulillah, resepi yang telus dan mulus. Bila kita ikut sebiji2 caranya dan menjadi itu tandanya mama ikhlas utk memberi. Sapa yang dapat pahala? Yg beri dan yang terima jugak kan.. Anyway tima kacih dapat belajar dan buat..


02-03-2010, mama kastam tioman komen :

Alhamdulillah...mudah2an kita sama2 mendapat keberkatanNya..


16-02-2011, firzanilike komen :

ini 1st time komen sy kat sini. sblm ni dh byk buat tp xpernah komen. nk tnya naper sy buat pau ni mlm ni tp jd keras kejung. agak2 klu sy baling ke dinding tu melantun blk ke sy. xtau mana silap. frust sgt


28-03-2011, azasy komen :

as salam.mama dh buat ni tdi...alhamdulillah jadi...lembut wpun xguna tpg pau..thanks yeah


05-06-2011, mazhashim66 komen :

terima kasih atas resepinya, mudah dan ringkas...paunya menjadi dan lembut...


07-07-2011, mama kastam tioman komen :

terima kasih semua..lama mam tak berkunjung ke sini..buat firzanilike...pau anda tak menjadi adalah di sebabkan mauripan yang anda gunakan mungkin sudah rosak...yis yang elok apabila di rendam ianya akan cepat kembang seperti meletup2...mama rasa amat simpati..


14-07-2011, donnalita komen :

salam mama.saya gumbira sangat sebab dah berjaya buat pau yg lembut guna resepi mama ni.sebelum ni saya buat semuanya tak memuaskan hati.tak sia2 la kerja menghempas aduanan tu hihihi....petang ni anak suruh buat pau kaya plk.tq mama luv you....


17-12-2011, mama kastam tioman komen :

wa'alaikummussallam..Alhamdulillah


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu