Google+

oleh: Nenie Sup ketam

Sup_ketam

ubahsuai dari resipi sup ayam bagi mevariasi hidangan lauk pauk untuk si kecil dan dewasa juga


Created on : 18-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Nenie




Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • BAHAN A
  • 3 ulas bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inch halia diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih (optional)
  • -----------------------------------------
  • 2 ekor ketam (dibersih dan dipotong 2)
  • 2 biji kentang dipotong ikut suka
  • 1/2 batang lobak merah dipotong memanjang (optional)
  • 2 batang daun saderi (optional)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sb serbuk lada putih
  • 4 cawan air
  • garam/gula secukup rasa
  • daun bawang/sup

Cara-cara

  1. Tumis bahan A hingga wangi.Masukkan air, sup bunjut dan kentang.Masak hingga mendidih dan kentang empuk.
  2. Masukkan lobak merah, daun saderi dan ketam.Perasakan dengan lada putih, secubit garam dan gula.
  3. Kacau seketika atau hingga ketam masak.Tutup api.Masukkan daun sup dan bawang yang dipotong
  4. Sedia dihidang bersama nasi putih.

Tag

ketam









Laporan Masakan Bergambar (1)

Supketam2
22-02-2009
hai...saya dah cuba resipi ni....sedap ma... family suka... licin sehingga menjilat jari. tambah-tambah pulak ketam isi penuh. tima kasih atas cadangan resipi ni...
Laporan oleh: dayanabalqis

sama-sama & thanks 'coz sudi mencuba...


Komen (9)

04-02-2010, ElizaH komen :

Saya dah cuba resepi nih. Memang sedap. Terima kasih yer empunya resepi.


07-10-2010, larra komen :

sup ketam bagus untuk org yg kna denggi kn?


07-10-2010, Isya_Irfan komen :

Yer..saya pun ada dengar cerita yang sup ketam bagus kalo orang kena denggi. Utk cegah denggi, selalu ler makan sup ketam...


17-12-2010, mimiesuhaimi komen :

takde la sedap sgt sup ketam ni. dah buat last week. baik masak lemak jer ketam tu...


21-12-2010, ninadean komen :

saya masak sedap ajekk.. memang sedap! kawan kawan pun suka..


12-01-2011, massuri1 komen :

Sup ketam memang best, bagi org yang tak suka...memang sume rasa tak sedap.....tapi saya dah cuba...memang sedappppppppp. TQ


12-01-2011, aa_iezah komen :

good idea gak nih, bleh cuba coz anak2 mmg suka sup tmbah lak dgn ketam lg fav la..txs!


20-05-2011, acer87 komen :

memang sedap gila sup ketam sekali makan mahu hari2 makan sup ni teima kasih heeeeeeeeeee


18-12-2011, watikah komen :

kalau takat guna sup bunjut je xyah tambah lain2 rempah ratus tu ok x?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd