oleh: askrole Umai Ikan Pirang

Umai

Makanan sampingan org sarawak. Kiranya mcm sushi lah kata org nipon. Sedap dimakan bersama nasi @ biji sago (dari mukah)


Created on : 16-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi askrole




Share


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 kg ikan pirang (ikan kuning yg bertulang, kat swk semua panggil nama ni)
  • 2 biji limau nipis = 4-5 biji limau kasturi. Guna yg mana senang dicari. Tapi saya sarankan guna limau nipis.
  • Sebiji bawang besar (dipotong mcm kat dlm gambar)
  • 2 biji cili merah (dipotong kecil). Kalau suka pedas guna cili padi.
  • Garam & serbuk perisa secukup rasa.
  • 10 tangkai cili kering (dikisar @ diketuk)

Cara-cara

  1. Kikis sisik ikan dan ambil isinya. Lebih elok guna pisau yang tajam sebab kita nak ambil isinya saja. Kira mcm nak buat fish fillet.
  2. Masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku kira-kira selama 10 minit. Jika nak asli lagi, isi ikan dijemur di tengah panas matahari. Ini dilakukan supaya isi ikan tidak basah & berlendir semasa proses menghiris kecil-kecil isinya.
  3. Isi ikan dihiris kecil-kecil mengikut selera sendiri sehingga habis kesemuanya.
  4. Gaul bersama garam & serbuk perisa secukup rasa.
  5. Perahkan air limau nipis ke atas campuran tadi. Pastikan ikan nampak keputihan (kira masak lah). Jangan terlalu masam kerana rasa ikan akan hilang.
  6. Masukkan cili yang sudah dikisar dan gaulkannya.
  7. Akhir sekali, masukkan cili merah@ cili padi yg dihiris kecil bersama bawang besar.
  8. Selamat mencuba resepi ringkas ini. Kalau nak lebih...tambahkan kobis masin. Pasti tak toleh orang kat sebelah.

Tag

umai ikan


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

16-02-2009, Indai Aim komen :

Letak belacan sikitttt......Oooo sodap!!He..he..he...lidah melanolah....


19-02-2009, zhiela_85 komen :

meleleh air liur kmk tok...sedap eh...lamak kmk x mkn umai...dolok ms gik blaja d kch ada kwn dr igan introduce kmk dgn umai tok...pasya alu jatuh chenta...kmk d sri aman nunggah ikan ya ikan empirang...ikan nak byk tulang ya nak...sedap eh...kt smenanjung tok ikan apa org nunggah ikan ya o...


06-03-2010, taikoltd komen :

SIK DO .DI SENANJUNG NUN


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu