oleh: askrole Belacan Goreng Bintulu

Belacan_goreng

Resepi mak sendiri


Created on : 15-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi askrole




Share


Bahan-bahan ( tahan sampai 2 minggu )

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering
  • Satu genggam ikan bilis (dibuang perut & tulangnya)
  • Air asam secukupnya
  • Gula & garam secukupnya
  • 4 inci belacan (saya guna belacan asli dari kpg saya dkt Bintulu, Sarawak)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Belacan, bawang merah, bawang putih, cili kering & ikan bilis dikisar bersama.
  2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Pastikan minyak benar2 panas dan barulah dimasukkan bahan yang sudah dikisar tadi.
  3. Goreng bahan tadi sehingga naik bau.
  4. Masukkan sedikit air asam, gula dan akhir sekali garam sesedap rasa.
  5. Goreng sehingga masak kehitaman. Paling senang nak tau dia masak, minyak akan timbul seperti gambar kat atas.
  6. Selamat mencuba resepi ini. Paling sedap dimakan bersama ulam-ulaman. Kalau anak saya, makan je bersama nasi putih. Sampai lupa nak makan ayam @ ikan.
  7. *** Anak saya yg no 1 tu (pompuan) suka cicah belacan goreng ni dgn roti krakers bulat (masin).... org swk ckp roti keben. Sampai kita nak berulam pun terkejut tengok belacan dah licin.

Tag

pencicah


Laporan Masakan Bergambar (1)

N627477710_1501495_9086
05-04-2011

Laporan oleh: noormala75

Komen (12)

16-02-2009, sya.anna komen :

Mmmmmm........ sodapnye... he3..tengok gambar dah sungguh menyelerakan. nanti kita cuba buat yer.. bintulu kat mana tinggal? mana lah tahukan, kalau2 kita sibuk, takde masa nak masak, leh gi rumah as makan sambal belacan. :)


16-02-2009, sya.anna komen :

anna org mukah. tapi menetap di ABF housing btulu.. saja nak berkenalan.. mana lah tahukan.. rupa2nya jiran sebelah je.. hi..hi..hi..


16-02-2009, askrole komen :

kalau kat bintulu, mmg terkenal belacan asli dari kpg saya iaitu Kpg Jepak. kalau tak silap penghujung bln februari ni akan dtg pula musim menangkap udang halus utk dibuat belacan. kpd siapa2 yg nak belajar buat belacan, sila lah dtg ke mari. insya-Allah kalau nak dtg mkn boleh, janji bawa ulam nya. :)


16-02-2009, askrole komen :

kpd siapa2 yg dtg ke bintulu, saya bagi petua jika nak beli belacan. terutama bagi yg sensitif pasal pembuat belacan. mcm kat sini ada ramai yg pandai buat belacan termasuk yg bukan islam (sy tak simpan kaum tertentu, takut jadi isu). jika kat pasar tamu pergi je kat kwsn jualan kuih tradisional. sure mmg ada belacan btu. tapi tak 100% asli sbb dtg dr pelbagai kpg sekitar btu. so rajin2 lah berhubung dgn saya.


16-02-2009, sya.anna komen :

:o ... kpg jepak btulu ye. kita pernah sewa rumah di kpg jepak pd tahun 2004. tapi tak lama.. skg dah ada rumah sendiri.. yg lain, biarlah rahsia.. hi..hi...hi...


16-02-2009, xixin komen :

mesti dicuba,,selalu makan sambal ni bersama stimboat kat restoran...


20-02-2009, cik_delaila komen :

aduiiii...sedappp nye nampak... makan pulak dgn nasik panassss... perghhhhh...


26-02-2009, proton_exora komen :

mak oiiiiiii. ni yg sy cari2 selama ni. belacan dari resepi belacan dari bintulu. kalau kat swk, bintulu mmg terkenal dgn belacannya. tak mustahil lah kalau dibuat belacan goreng mcm ni. balik umah lepas ni nak cuba. tempohari masa dtg bintulu sempat jugak beli belacan seketul. belacannya tak mcm tempat lain, baunya mmg tak hangit. fuyoooo. rugi datang ke bintulu kalau tak beli belacan.


18-03-2009, haz_amon komen :

Ermm.....sejak saya mengenali belacan Bintulu, saya memang dah tak makan belacan lain.......naknya kalau adik ipar saya yang buat.....dier memang orang Bintulu......Saya memang rekomen belacan Bintulu nih.....


19-08-2009, dielslarizz komen :

nang best in the world belacan bintulu.. walaupun harga nya mahal tp fuyoo berbaloi... thanks


12-10-2009, zaya komen :

salam sume..sy member br kt cni, bl jer tgk gambar belacan goreng ni..fuh! tu dia favorite hamba...x leh nk ckp mmg sodappp, d + agi ngan belacan Bintulu..sodap tuh...sape x pernah cuba rs, rugi tau!..cuba s x pst nk agi...


01-12-2011, Aya Sofea komen :

Belacan Bintulu ....TERBAEEKK....TERLAZAT....1st class


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu