Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Kuih Talam Gandum

 Submitted By On 09 February, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Kuih lama yg yg tak menjemukan..

Ingredients
  • Bahagian bawah
  • 2 1/2 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air - dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
  • 4 cawan santan cair
  • Bahagian atas
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
  • 2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC ) ( bolih di kurangkan )
Instructions
  1. Panaskan air kukusan terlebih dahulu

  2. Satukan adunan bahagian bawah. Nak blend pun bolih. Masukan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.

  3. Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.

  4. Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan di blend. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya.

  5. Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.

  6. Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap.

  7. Tutup api, angkat kuih dan sejukan.

  8. Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp..

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All