Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Kari Ayam Cara Kampung

 Submitted By On 08 February, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Tak smestinya guna ayam kampung,guna ayam daging/frozen pun boleh..tp tetap rasa ayam kampung..

Ingredients
  • 500-600g peha ayam(atau mana2 bahagian)
  • 2 cm Halia*
  • 2cm Lengkuas*
  • 2-3cm Kunyit Hidup*
  • 2 Ulas Bawang Putih*
  • 4 Ulas Bawang Merah*
  • 1/3 sudu mkn Belacan*
  • 2-3 Btg Serai-Diketuk
  • 3 Sudu mkn(penuh) Kari Daging(ayam brand)
  • 1/2 cawan Air Asam Jawa/1-2 keping asam gelugor
  • 3 sudu makan Kerisik
  • 1/4 cawan pati santan(ikut kepekatan sendiri)/setengah cwn susu sejat [optional]
  • 2 Biji Kentang/Keledek (potong sederhana kecil)
  • Rempah Tumis-4 Beradik(1 setiap 1 jenis)
  • Bahan2 perasa-2 sudu kecil Garam,1 sudu kecil Gula,sedikit pak aji(jika suka)[sukatan bergantung kpd citarasa]
  • 1/3 cawan minyak(agak2 jer)
  • Air Secukupnya
Instructions
  1. Mula2,nyahbekukan ayam dari peti ais.Jangan potong dahulu..Bakar di atas api sehingga kulit ayam keperangan(kalo boleh smpai kelihatan bminyak)tp jangan sampai hangit.Jika guna ayam daging mungkin sedikit berlemak jadi buang bahagian yg berlemak terlebih dahulu.Bakar keseluruhannya..(guna penyepit masakan jika tiada dawai pemanggang)-Bakar dlm oven?Tak sedap...

  2. Dah siap dibakar,bahagian kulit ayam yg berlemak boleh lah dibuang. Potong ayam tersebut pada saiz sederhana kecil [dlm 8 bahagian utk 1 peha(bgantung saiz ayam)]-Cuci bersih dan toskan.

  3. Bahan2 bertanda * ditumbuk.(bagi yg baru belajar memasak,sila masukkan satu persatu bhn2 ke dlm lesung batu ketika menumbuk,masuk skaligus mmg susah ler..)nak senang,masukkan semua bhn yg hendak dtumbuk(kecuali kunyit) ke dalam pengisar bhn kering dan kisar..keluarkan baru tumbuk dlm lesung batu bersama kunyit.utk elakkan warna kunyit melekat kat pengisar.

  4. Panaskan minyak. Dah agak panas,masukkan bhn penumis(rempah tumis 4 beradik). Setelah naik bau, masukkan bahan yg ditumbuk/dikisar tadi..masukkan juga serai yg sdh diketuk/dititik.Kacau hingga kekuningan dan beraroma.

  5. Serbuk kari dicampur dengan setengah cawan air(lebih pun takpe).Masukan ke dalam bhn yg sudah ditumis..perlahankan sedikit api.

  6. Kacau goreng sehingga kari masak dan pecah minyak.Tambah air jika perlu..dan kacau lg hingga kari berubah warna dan garing.Bila memasak masakan kari,adalah penting untuk memastikan kari yg dimasak benar2 masak.Ini untuk mengelakkan rasa kari yg hambar dan mentah.[utk bezakan dah masak ke belum,boleh hidu bau kari sebelum dmasak dan stelah msk,ada bezanya]

  7. Setelah kari masak(garing ye,takde air dah,tp jgn hangus),masukkan ayam dan gaul sebentar.Kemudian masukkan kentang.(ini jika mgunakan ayam frozen sbb mudah msk)Kalo guna ayam liat(tua),masukkan kentang kemudian yer (jika guna ubi keledek sila masukkan kemudian jugansebab kentang lebih mengambil masa yg lama utk msk)Kacau rata dan biarkan air ayam keluar sepenuhnya

  8. Tutup periuk dan kadang2 dikacau gaul supaya bahan2 meresap sekata.Pastikan air ayam dikeringkan.Bila air ayam sudah agak kering,kelihatan minyak sahaja dibahagian bawah.(ini bukan sahaja utk mengelakkan bau hanyir ayam tetapi untuk masakan thn lebih lama tanpa dipanaskan)selalunya ayam yg dmasak malam ni,masih elok malam esoknya tanpa dipanaskan. biasanya kes lupa ler..hee

  9. Dah pastikan air ayam kering,baru masukkan air asam jawa.Kacau seketika,barulah masukkan sedikit air agak2 tenggelam ayam dan kentang.

  10. Masukkan bhn2 perasa:garam,gula dan pak aji.Masak sehingga ayam empuk dan kentang masak.Renihkan lagi dan masukkan lagi sedikit air jika perlu..(jgn terlampau banyak nanti kari terlampau cair pula.

  11. Setelah ayam lembut,masukkan kerisik,kacau rata dan barulah masukkan santan/susu sejat. (step yang ni boleh skip jer jika tak letak bahan2 tersebut)

  12. Sebatikan semua rasa dan tunggu sehingga mendidih sebelum api dipadamkan..Minyak yg berlebihan (timbul dipermukaan)bolehlah dibuang jika mahu..

  13. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih,roti,nasi beriani atau apa jua hidangan kegemaran anda.

  14. Setelah masak,sila ambil gambar menggunakan kamera digital atau kamera hp dan hantar laporan di sini untuk dikongsi bersama kawan2 di myR. Selamat MencuBa.. ^_^

  15. NOTE:Yang kat dalam gambar ni saya x letak pun kerisik dan santan tetapi rasa tetap sedappp..dan family lebih sukakannya sbb kurang lemak.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All