Google+

oleh: brendac Biskut tak payah bakar

No_bake_cookies

Bagi sesiapa yg takde oven, inilah resipi yg sesuai. Biskut perisa peanut butter koko.


Created on : 05-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi brendac




Bahan-bahan ( 50 )

  • Gula - 2 cwn
  • Serbuk koko - 3 sudu besar
  • Marjerin - 1/2 cwn
  • Susu - 1/2 cwn
  • Garam - secubit
  • Quick cooking oats (Quakers) - 3 cwn
  • Peanut butter (mentega kacang Lady's Choice) - 1/2 cwn
  • Vanilla ess - 1 sk

Cara-cara

  1. Satukan gula, koko, majerin, susu dan garam, masak hingga mendidih. Biarkan mendidih sehingga 1 minit.
  2. Padamkan api, masukkan oats, peanut butter, dan vanilla, campur hingga sekata dengan cepat.
  3. Masukkan adunan dlm loyang dan mampatkan. Sejukkan dlm peti ais. Selepas set, bolehlah potong2 dan hidang.

Tag

cookies









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (23)

06-02-2009, tebuhitam komen :

mesti try... simple n pelbagai rasa


07-02-2009, McE komen :

nk trylah...x payah bakar...


07-02-2009, mama_g komen :

Nampak cam menarik...tak pe bila cuti leh try


09-02-2009, brendac komen :

Kalo dah try jgn lupa buat laporan. I slalu buat biskut ni kalo malas nak pasang oven panas tu. My family suka sgt.


19-02-2009, kudut_kuceng komen :

Ni yang cam best..nk try la.. cam senang..


27-02-2009, quelch komen :

time hari gawai nanti nak cuba plak biskut ni..coz aku malas nak bakar...


27-02-2009, brendac komen :

Cuba lah try.. :) Resipi ni saya dpt dari allrecipe.com. (No bake cookies). Ramai yg dah try dan bagi good comments. Sblm step yg masukkan oats tu, campuran susu koko majerin kena pastikan biar mendidih selama 1 minit. Kena time 1 minit tu bila cecair dah start menggelegah. Kalo tak nanti cookies tu tak brp set nanti. Selamat mencuba.


29-03-2009, Rodziyah295 komen :

the good idea and nice recipe


04-04-2009, fareisya87 komen :

salam, saye nak tanye, susu tu pakai susu ape? fresh milk ke concentrated milk ke condensed milk?


19-06-2009, ~..cintaku..~ komen :

susu tue pkai susu tepung ker susu pekat manis...?


24-06-2009, kak gee komen :

susu apa yang digunakan tu??


06-08-2009, feina komen :

blehlah try kot...manis2...mmg i suka sangat...hmmmm...


25-08-2009, MamaMichaa komen :

rasanya susu cair kot.. sebab gula dah 2 cwn... klu susu manis gak, mesti lagi manis biskut ni... klu xnak letak koko, bole kot eik..


26-08-2009, siti.khalimah.ms komen :

lepas siap tu balut dgn plastic color2. balut macam gula2....mesti budak2 lagi suka..kan...


05-09-2009, tencity komen :

resepi ni mcm kandi kelapa cuma ganti ngan oat....


01-03-2011, d'jay komen :

nak cuba gak...sbb xde oven


13-08-2011, sapiah harif komen :

thnk so so much....der gak idea nk wt plbgi biskut rayer nih...skg payah nk order biskut pasal guner butter yg der dna khinzir....


13-08-2011, abdulwahub komen :

saya xde ovum sbb bini pun xde,,,hehehehehehehe


16-08-2011, cookieslover komen :

susu yg digunakan tu susu fresh ker?? yg mcm dutch lady tu????


22-08-2011, emier_mama komen :

blh try ni coz simple je ...hope jdla..


28-07-2012, ssiti123 komen :

wow...best ...kreatif tul..anyway, tq brendac


15-05-2014, simplyvou komen :

Dah try buat.sedap.rasa mcm cereal bar.hehe.nnti nk buat lgi la :)


20-07-2014, nina_gary@hotmail.com komen :

pakai susu pekat ke ssu tepung? leh ganti ngan nestum x?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd