Google+

oleh: mama kastam tioman Kole Kacang

Img_1766

Kongsi resipi. Masa memasak lebih kurang 40 minit.


Created on : 04-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mama kastam tioman




Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1 bungkus tpg kacang hijau ( cap kambing 2 ekor )
  • 1 biji kelapa ( 11 gelas santan )
  • 2 gelas gula pasir
  • 1 keping gula kerek
  • 3 sudu makan gula merah

Cara-cara

  1. Masukan 11 cawan santan ke dalam kuali. Kemudian masukan tpg kacang hijau + semua gula. Gaul rata.
  2. Img_1762
    Masak selama 40 minit dengan sentiasa mengacau, pelahan-lahan.
  3. Masukan kedalam loyang berukuran 11x 11 in. Sejukan.
  4. Jika suka bolih di tabur tahi minyak diatasnya..

Tag

kuih-muih








Laporan Masakan Bergambar (6)

Dscn5145
02-09-2009
mama !! tlg explain sat..eenat salah beli tepung ker..green pea powder tak sama dgn green pea flour ker..adehh..frust x jadi ni ~ dah la banyak dpt tu..sapa nak makan ni..waaaaa
Laporan oleh: eenat

alamak eenat..memang eenat tersilap beli..jenama lain mama tak berani guna sbb pernah buat tak jadi juga. Mama selalu guna tepung kacang goreng, cap kambing 2 ekor keluaran syarikat V . M . M, Chaah, Johor..eenat nak order pun bolih sbb ada no tel dia ni..07-9261107...promote lah pulak..

Dscn5193
07-09-2009
at last mama, menjadi gak kuih kole kacangku. Cuma nak mintak tips dr mama camna nak licinkan permukaan atas kuih ni? TQ mama ..lab u lab u
Laporan oleh: eenat

alhamdulillah...ratakan permukaan tu dengan spitula..atau apa2 yang bolih meratakannya..i lab u 2... : ) sampai ketelinga..

P1030360
23-02-2011
slm ma,dah lma xjmpa mama,ghindu la,hehe. ucu wat stgh adunan.jd pon bnyk.tp ank2 cm xbrpa suka la.msuk tiais,lma2 abis gak...tq ma.
Laporan oleh: Mariani(KT)

wa'alaikummussallam..ahah..lama dah kita tak bercerita..dah ada fb dan http://persinggahanku-mamajay.blogspot.com/http://persinggahanku-mamajay.blogspot.com/http://persinggahanku-mamajay.blogspot.com/

17102011_010
24-10-2011
Alhamdulillah...1st time cuba buat...menjadi juga...tpi saya guna tepung kacang hijau Krisanya cap kuda warna hijau..berat 1 packet..450g...bila dh jadi...selang sehari mesti buat...tepung kacang hijau tu pn dh ada stock spare kt umah...TQ.
Laporan oleh: LailiSatar

Alhamdulillah..

17102011_005
24-10-2011
Ni lah rupa kole kacang saya masa belum dipotong...seronok sgt...menjadi..sedap...lembut...
Laporan oleh: LailiSatar

Alhamdulillah..mama pun tumpang gembira..

Img_1766
27-10-2011
bolih juga di masukkan kedalam acuan..sapu sedikit minyak pada acuan..
Laporan oleh: mama kastam tioman

Komen (22)

03-03-2009, baya74 komen :

salam mama... 1 bungkus tpg kacang hijau tu brp gram agaknya?


03-03-2009, mama kastam tioman komen :

Tepong jenama tu berat dia 400gm. Jenama lain mama tak tau. Pernah cuba jenama lain, tp tak jadi..tanya che'iza, dia guna jenama apa..


03-03-2009, minnie komen :

mama..sendlah gambar..lg satu gambar tepung tu masukkan dalam glossary..x pernah dgr pun tpg tu.


03-03-2009, mama kastam tioman komen :

insya'allah, akan mama usahakan. tepong tu kat belah johor aje mama jumpa..kt Kuantan mama cari tak ada..


03-03-2009, mama kastam tioman komen :

Tp macam mane cara nak upload gambar dlm glossary tu..


03-03-2009, aloyah komen :

mama, gula kerek tu ape ye


03-03-2009, kak fida komen :

salam mama..klau nk upload gmbr dlm glosarry...mama klik My Resipi kt atas tu nnti dlm My Resipi mama ade Glosari bhgian atas...ps tu mama klik mcm biase lah utk nk upload gmbr tu...slmt mencube... :)


03-03-2009, mama kastam tioman komen :

aloyah..tgk dlm glossary..gula nisan. Yg di panggil kerek, daun mengkuang yg membalut di sekeliling dia tu..


03-03-2009, mama kastam tioman komen :

Wa'alaikummussalam..terima kasih kak Fida..dpt lagi satu ilmu..mesti papa pun tabik kt mama lah nih..nanti mama cuba..kena gi tumpang kt pejabat papa lah pulak...


27-03-2009, quinnie komen :

mama macam mana nak buat tahi minyak ni ye? saya tak pandai le...


03-04-2009, mama kastam tioman komen :

sori lambat jawap..santan pekat di masak dengan api pelahan, sentiasa kacau sehingga keluar minyak...yg jadi berbiji-biji tulah namanya tahi minyak..


07-09-2009, mama kastam tioman komen :

eenat guna tepung jenama apa ?


08-09-2009, eenat komen :

eenat guna tpg kacang hijau keluaran BABA. Confirm ada kat kedai runcit India. RM3.80 utk 500g. Bau dia pon wangi tau mama. Alhamdulillah, menjadi gak. Petang ni wat lagik sbb 1/3 adunan x sempat nak puas makan :D ~ kena sabar betul2 dgn api kecik ek mama? X boleh leka wat keja lain, nanti adunan jadi berketul2. Best la kueh tradisional ni mama ..cayang mama muaks muaks


09-09-2009, mama kastam tioman komen :

ahak..ahak..papa jeles lah pulok...eenat sayang mama jek...


13-11-2009, aqyanawawa komen :

pandailah mama nh wt kuih..baru nak mencuba..tapi 1 kampit bnyak tak untuk makan 2orng...bayk2 takut x habis plak nanti..apa lagi resepi mama bagi kat my resepi nh...


13-11-2009, mama kastam tioman komen :

aqyanawawa..satu kampit ni eang banyak jadi kamu buat separuh je dulu..nak tengok resipi mama yang lain klik kat nama mama kat atas resipi tu..nak belajar kena berani mencuba..


13-11-2009, mama kastam tioman komen :

aqyanawawa..satu kampit ni memang banyak jadi kamu buat separuh je dulu..nak tengok resipi mama yang lain klik kat nama mama kat atas resipi tu..nak belajar kena berani mencuba..


05-12-2009, aqyanawawa komen :

tq...


22-12-2009, Mariani(KT) komen :

slmt mlm ma..nak tnya ckit la..tahi myk tu nak tabo msa pns ke dah sejuk..


23-12-2009, mama kastam tioman komen :

sori, dah pagi dah..mama tabur masa dah sejuk, sebelum nak potong..


28-10-2011, sue@tioman komen :

salam mama.... kt kedai mana ada jual tepung tu, kdai k manja ada x? lama dh cari resipi ni tp tkut x menjadi tp klu mama punya resipi confirm jadi........


28-10-2011, mama kastam tioman komen :

mama beli kat kedai manja...semalam mama buat..kacau dia jangan kurang dari 20 - 30 minit..lenguh jugak lah lengan..Insya'allah ikut seperti yang mama sarankan, kalau tak bawak tepung tu ke sini kita kacau sama2..hehehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu