oleh: brendac Easy Ice Cream Layer Cake

Icecrmcake1

Kombinasi kek lapis ais krim. Perisa kek dan ais krim boleh diubah mengikut citarasa masing-masing.


Created on : 02-02-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi brendac




Share


Bahan-bahan ( 9 inc/27cm )

  • Sponge kek yang telah siap. Kali ni saya menggunakan lemon sponge kek berukuran 9 inchi. Di bahagi 2 layer.
  • Ais krim - 1.7 litre - Di biar pada suhu bilik biar lembut.
  • Whipping cream, pewarna untuk lapisan icing.

Cara-cara

  1. Buat sponge kek ikut resipi biasa. Biarkan kek sejuk sebelum menyediakan resipi ini.
  2. Kek di potong 2 atau 3 lapisan ikut suka. Jika nak 2 lapisan ais cream, potong kek 3 lapisan.
  3. Ic1
    Letakkan lapisan bawah kek dalam springform pan. Rujuk gambar bawah untuk dulang springform.
  4. Ic2
    Tuangkan ais krim yang telah lembut di atas lapisan kek bawah. Masukkan kedalam freezer selama lebih kurang setengah jam atau sehingga set.
  5. Ic3
    Setelah ais krim membeku sikit tetapi tidak terlalu keras, letakkan lapisan atas sponge kek keatas ais krim tadi dan tuangkan baki ais krim untuk menutupi lapisan kek supaya nampak lebih rata. Masukkan ke dalam freezer selama 6 jam atau semalaman.
  6. Ic4
    Setelah kek ais krim beku, keluarkan dari dulang dengan membuka kunci tepi. Hias dengan whipped krim atau hidang begitu sahaja.
  7. Tips: Untuk mudah memotong kek ais krim, celupkan pisau kedalam secawan air panas sebelum memotong kek untuk hidang. Pisau yg panas dapat memotong kek yg rata dan cantik.
  8. Tips: Semasa menghias kek, ais krim mungkin akan mula mencair sedikit, kembali ke dlm freezer seketika dan keluarkan untuk hias lagi.
  9. Springfoarmpan
    Bentuk 'Springform pan'
  10. Icmelted2
    Ais krim perisa vanila coklat

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (1)

Image142
02-02-2009
Kek ais krim yg telah dihias.
Laporan oleh: brendac

Komen (4)

02-02-2009, brendac komen :

Nak hantar gambar


02-02-2009, eizrin komen :

wahh.. nk tryyyy...


02-02-2009, brendac komen :

Trylah Eizrin..jgn lupa upload gambar ye. Memang senang dan sedap makan kek ngan aiskrim sekali.


05-02-2010, nor62 komen :

Icing tu mcamn plak?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu