oleh: Terataiungu popia udang

Dsc08042

Resipi daripada kawan... baru je sat td wt dengan room mate... simple jer..


Created on : 28-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Terataiungu




Share


Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1 ulas bawang putih (parut)
  • 15 ekor udang sederhana besar (potong kecil-kecil)
  • 50 g cendawan tiram (dadu)
  • 2 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa
  • 500 g sayur campur
  • BAHAN UNTUK SOS:
  • 1/2 cawan air
  • air asam jawa pekat 3 sudu besar
  • 3 sudu besar gula melaka / gula pasir
  • 2 sudu cili kering yang dikisar (kalau nak pedas lebihkan cili)
  • sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa manis sos

Cara-cara

  1. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  2. masukkan sayur campur. gaul rata biar sebentar sehingga separuh masak.
  3. masukkan udang dan kacau rata. biar kn 1 minit
  4. masukkan cendawan dan perasa kan dengan garam dan gula.
  5. pecahkan telur ke dalam dan gaul rata. biarkan telur menyelaputi inti
  6. terus kan mengacau inti sehingga telur masak dan tidak berlendir. sejukkan inti.
  7. boleh lah mula membungkus dengan kulit popia. gam popia dengan menggunakan telur.
  8. goreng dalam minyak penuh, pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan minyak masuk kedalam popia.
  9. untuk membuat sos, satukan semua bahan dan didihkan sampai cili masak dan sos sedikit pekat.
  10. hidang panas-panas.

Tag

popia


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

29-01-2009, asamGelugor komen :

saya ni sk mkn popia..terima kasih kerana berkongsi ilmu..mmg sedap resepi ni..sebelum ni sy x penah try buat popia letak cendawan dan udang..rupanya lebih sedap dari kita pakai ayam dgn taugeh(popia biasa)...terima kasih terataiungu


29-01-2009, Terataiungu komen :

waaaa..peminat popia upenyer... sm2 laa asamgelugor..time kaseh coz cb resipi ni.. :-)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu