oleh: Batdeaz Lawa Jantung Pisang

Lawa_jp__1_

Masakan NS rasanya. Selalu jumpa di kedai-kedai makan sekitar NS.


Created on : 26-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Batdeaz




Share


Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

  • 1 jantung pisang sederhana besar
  • 1/2 kotak kecil santan
  • 5 ulas cili api (dihiris)
  • 3 ulas bawang kecik (dihiris)
  • 2 - 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 sudu kecil lada hitam (di tumbuk)
  • Garam

Cara-cara

  1. Buang kulit yang agak keras dari jantung pisang. Kemudian belah dua jantung pisang dan direbus dalam air hingga empuk. Letak sedikit garam semasa merebus.
  2. Toskan jantung pisang yang telah empuk dan racik. Jangan terlalu halus.
  3. Panaskan santan atas api sederhana. Tambahkan sedikit air jika santan terlalu pekat.
  4. Masukkan bawang kecil, cili api dan lada hitam ke dalam santan yang telah di panaskan tadi.
  5. Masukkan pula jantung pisang dan jus limau kasturi. Perasakan dengan garam mengikut kesukaan masing-masing.
  6. Siap! Sedap di makan dengan nasi panas dan ikan masin goreng.

Tag

sayur


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (16)

26-01-2009, as75 komen :

sedapnya.. makan nagn sambal belacan, ikan sambal,ikan kering.. terliur dah ni..


26-01-2009, baya74 komen :

wah as.. tingginya imaginasi. tp memang best pun...sodap ni Batdeaz, dongan cili api + lada hitam laie, berasap tinge den.


26-01-2009, as75 komen :

bilo dok jauh mcm2 den tekonang bendo yg sodap2.. nghee...:D sini den x jumpo jantong pisang laie.. nangko mudo pun dalam tin ajo!! teringat jantung pisang rebus cicah ngan air asam..pergh!! layannnn!!


26-01-2009, hana6877 komen :

as.....kalau dapat due tiga bijik jantung pisang tuh anto2 ler ke negara seberang yer..... heeeeeee...


26-01-2009, as75 komen :

hana..pokok pisang pon deh x jumpo laie.. camno?? terliuq dah ni.. x sapo dapek nolong eh... sori la Batdeaz.. den jd over pulak nampak jantung pisang mu itewW!!


26-01-2009, Batdeaz komen :

as75, mmg sedap layan ngan sambal belacan ngan ikan kering.. lauk kg simple camni mmg sedap


26-01-2009, Batdeaz komen :

baya74, ehehehe mmg berasap.. sape yg tak tahan pedas leh kurangkan cili api ngan lada hitam tu..


26-01-2009, Batdeaz komen :

as & hana, kena mintak tolong org kat Msia la anta jantung pisang.. hmmm lepas ke?


26-01-2009, as75 komen :

Batdeaz, dodol dlm upih & wajik dlm daun pisang pun x lepas.. ape lagi jantung pisang tu.. x pe..makan ingat2 kami ya!! hai!! teriur lagi ni...


26-01-2009, ajib712 komen :

kalau xde jantung pisang try substitute dgn artichoke..texture lebih kurang sama kot...just nak bagi pendapat.


26-01-2009, kencana komen :

Mujur kat kedai bangla sini ada jual jantung pisang sekali sekala..kalo tak sama le cam as75, telan air liur je..


26-01-2009, Batdeaz komen :

ajib, waaahh kreatifnye. Bat penah skali makan la artichoke tu.. sedap dan crunchy. yelah kan, boleh la cuba mana tau sedap.


11-02-2009, Shahrose76 komen :

dah lama tak makan jantung pisang ni den panggil kerabu jantung pisang cuma saya campur dengan ikan bilis ditumbuk....makanan orng kg ...alamak..kecur air liur dah ni!!hehehe


04-02-2011, 711217106158 komen :

ni mak saya kata gulai lomak jantung pisang.tp apapun,mmg best,resepi klasik mcm ni dah payah nak jumpa di mana2 restoren,kena buat sndiri baru boleh merasa,kan.tq.


13-03-2011, umi nami komen :

sedap ni, makan pula dgn nasi n ikan goreng panas-panas.....kalu x de jantung pisang, mak saya biasa buat guna timun yang dicincang...


26-03-2011, karambit komen :

lazat,,,,,,,,,,,,


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu