Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Mee Kolok

 Submitted By On 24 January, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Resepi mi kolok dlm versi dayang. Sedap dan x muak. Boleh dimakan secara berkuah atau tanpa kuah/sup. Para penggemar mee, silalah cuba resepi ini....

Ingredients
  • 3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
  • 1 sdm perencah sup
  • 100 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8 biji cili api
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 5 sb kicap manis
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sdt sos ikan / sos soya
  • 1 sdt cuka
Instructions
  1. UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).

  2. UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. (gambar menunjukkan cth mi yg dyg guna)

    IMG1894A.jpg
  3. Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

  4. Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

  5. UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

    IMG2059A.jpg
  6. Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.

    IMG2049A.jpg
  7. ****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All