oleh: sofinar Kari ikan talang kering

Kariiknmsn

sedap ni kalau makan dgn sambal belacan berulam pula dgn kangkung rebus


Created on : 24-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sofinar




Share


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 10 - 12 ketul ikan talang kering
  • 1/2 biji nenas di hiris nipis2
  • 1/2 biji kelapa diambil santannya - jadikan 3 cwn santan, ikut selera masing2 la
  • 2 ulas bwg putih - dihiris halus
  • 3 ulas bwng merah - di hiris halus
  • daun kari - optional
  • 1 paket rempah kari ikan
  • garam jika perlu
  • 4 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. ikan talang direndam 2-3 jam untuk buang masinnya
  2. rebus ikan talang kering, nenas dan rempah kari bersama 1-2 cawan air hingga mendidih dan rempah masak
  3. masukkan 2-3 cwn santan, masak lagi hingga mendidih, masukkan garam jika masih tidak masin
  4. dalam bekas yang lain tumis kan bwg merah, bwg putih dan daun kari hingga naik bau, tuang dalam kari tadi, kacau2 dan tutup periuk.... bolehla di hidang, makan ramai2 memang best

Tag

ikan


Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc_1395
27-01-2009
ini lauk favourite husband...........
Laporan oleh: zaina

wah menyelerakan sekali..... tq sudi mencuba

Fiza_1_096
12-06-2009
Sekali sekala tukar selera kg tak perasan habis 2 pinggan, masak masa pi umah kakak, tp tukar bendi tu je yg ada..
Laporan oleh: HoneyDy

sedap tu bila makan ramai2.... nanti try dgn nenas lagi manis rasanya

Dsc_5684
15-07-2009
selalu buat....
Laporan oleh: zaina

dah lama tak buat sedapnye...


Komen (10)

24-01-2009, shafea komen :

salam..sdp, mak mentua lalu depan pun x perasan Heeeeeaa..


24-01-2009, baya74 komen :

mmg sedap. lg2 letak dlm pinggan klasik tu. bangkit selera. ( nak gi mintak pinggan mak yg dh x pakai , kasi ke x agaknya)


24-01-2009, zurin komen :

ni memang sedap...lagi sedap sebab pakai pinggan klasik tuh...


24-01-2009, zurin komen :

laa...tersama la komen dgn baya74...ish ish..mcm mana jadi cantu? baya...i pegi beli lagi pinggan2 cenggitu kat kedai2 lama...murah je..hehehe..


24-01-2009, Lady80 komen :

salam sofinar n smua. ikan talang tu, ikan apa ek? susah juga ni, coz org brunei n mesia kdg2 lain kan pangil nama2 ikan ni, neway tq


24-01-2009, MasDiana komen :

Ni resepi orang utara kan...kalo kakmas panggil tumis darat..em..memang sedap..eh, sama plak pinggan kita yer :D


24-01-2009, kakfiza komen :

sofi...bestnyer kari ikan talang..lepas masak p bekelah tepi pantai....gu sekali dgn ulam & sambal belacan....nasi kena masak byk2 takut x cukupppp...!!


24-01-2009, sitinor komen :

kelah kat sungai pun best gak kakfiza...sama jugak pinggan kat umah ni, terliuq la tengok masakan baya ni... sok adik dr kedah nak datang umah buleh pesan ikan talang...


24-01-2009, sitinor komen :

he.he silap nama la...sorry sofinar...


25-01-2009, sofinar komen :

lady80 : saya tak tau la nama apa selain talang sori, ada sesapa dapat tolong masdiana: ye resepi dr utara kfiza &sitinor : jom la kita p berkelah... nanti saya masakkan kari ikan talang ni...saya bw sekali pinggan antik tu, hadiah dr mak mertua semasa kahwin dulu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu